#FattzuraFairytale Buat Netizen Tak Kelip Mata

Dengan tema Fairytale dan hashtag #FattzuraFairytale, majlis resepsi perkahwinan yang dianggap begitu mempesonakan ini masih lagi menjadi bahan bualan rata-rata peminat dan netizen. Majlis yang cukup meriah dan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat ini juga telah diadakan di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja teruja dengan suasana majlis perkahwinan, rata-rata yang hadir turut memuji pasangan ini yang dikatakan sangat sepadan. Bak kata pepatah melayu “Bagai Pinang Dibelah Dua”.

Dan, mengetahui tentang keterujaan peminat-peminatnya, Fazura telah memuat naik beberapa video pendek sekitar majlis perkahwinan beliau di laman instagramnya ini. 

 

Wah! memang sangat meriah majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura kan?  Followers dan peminat tegar pasangan ini pastinya tidak sabar untuk menantikan majlis resepsi yang bakal diadakan khas untuk peminat #Fattzura pada Mac nanti.
Agaknya, tema apa pula yang bakal dipilih oleh pasangan ini kan? Sama-sama kita nantikan! Buat Fattah Amin dan Faz, kami di xtra.com.my juga ingin mengucapkan tahniah!
Salma Syahbuddin