Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 22, 2023 @ 10:40am

Faye Kusairi Nafi Berniaga Nasi Ayam Akibat Tak Ada ‘Job’ – “Biasalah Orang Lebih Suka Fikir Negatif Tanpa Berfikir”

Pelakon Faye Kusairi atau nama penuhnya,  Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 36, sebelum ini menangis terharu dengan sambutan pelanggan apabila nasi ayam yang dijualnya di kaki jalan sekitar Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat.

Bagaimanapun, dia menolak dakwaan apabila terdapat segelintir individu yang mengatakan, dia memulakan perniagaan tersebut akibat karier lakonannya yang sendu dan tidak ada ‘job’.

Katanya, dia menerima banyak tawaran sejak tahun lalu, namun terpaksa ditolak akibat keadaannya yang pada ketika itu sedang berbadan dua.

“Ketika itu, saya masih bekerja ke Singapura dan Brunei sehingga usia kandungan mencecah enam bulan. Selepas itu, saya terus tolak semua tawaran sehinggalah selepas pantang.

“Alhamdulillah, banyak tawaran yang saya terima sejak tahun lalu. Tetapi, saya terpaksa tolak beberapa ‘job’ kerana mengandung. Apatah lagi, ada watak memerlukan saya beraksi lasak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAYE KUSAIRI (@fayekusairi)

 

 

Tidak kisah dengan tanggapan masyarakat terhadapnya, Faye bagaimanapun melihat setiap perkara yang berlaku pada dirinya dari sudut positif.

“Saya hanya ingin fokus kepada mensyukuri apa yang Allah sudah aturkan buat saya.

“Biasalah orang lebih suka menilai dari sudut negatif terlebih dulu tanpa berfikir menerusi ruang lingkup yang lebih luas. Saya pula lebih suka mengambil setiap perkara dari sudut yang positif.

“Bukan mudah sebenarnya saya nak dapatkan ilham dan keberanian ini (berniaga). Ini pun saya doa banyak-banyak sebelum akhirnya buat keputusan untuk berniaga,”jelasnya.

Berkongsi cetusan idea menjual nasi ayam, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan, anak sulungnya merupakan penggemar makanan tersebut.

“Kebetulan saya perhatikan di kawasan ini sudah bertahun-tahun tiada orang berniaga nasi ayam. Sebagai ibu, saya berpendapat jika buka perniagaan ini, ia akan memudahkan ibu lain.

“Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja. Pada pendapat saya, nasi ayam adalah juadah mesra masyrakat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Faye Kusairi Menangis! Terharu Nasi Ayam ‘Sold Out’ Cepat… Sempat Mohon Maaf Kepada Pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Lebih Seminggu Berniaga Nasi Ayam Tepi Jalan, Faye Kusairi Syukur Ramai Beri Sokongan

 

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Hiburan Sat, 25 Jan 2025

Didakwa Persenda Agama, Harith Iskander & Keluarga Terima Ugutan Bunuh

Harith Iskander dan keluarga terima ugutan bunuh

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

“Saya Tak Rasa Tersaing Pun” – Erissa Puteri Bersuara, Pertahan Adik Ipar Pakai ‘Veil’ Di Majlis Nikah

Erissa Puteri perjelas dah tahu awal adik ipad nak pakai veil di majlis nikah

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Gandingan REV Media Group & Dattel Asia Group Perkasa PKS dengan Pengiklanan Berasaskan Data

Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (RMG) telah bergabung tenaga bersama syarikat data dan analisis pengguna, Dattel Asia Group (DAG) dan menjadi penerbit tempatan pertama di Malaysia yang membangunkan platform layan diri yang memperkasakan […]

LIFESTYLE Wed, 30 Nov 2022
Featured Tue, 14 Sep 2021
Hiburan Mon, 23 Jun 2025

Haiza Kekal Relevan 30 Tahun Tanpa Kontroversi, Lancar Semula ‘Dag Dig Dug’ Versi Baharu

Haiza elak kontroversi, terus kekal relevan selepas 30 tahun.

error: Content is protected !!