Selalunya nama begini dijadikan judul catatan kehidupan seseorang untuk penerbitan atau perfileman tetapi lain pula langkah diambil Datuk Ahmad Fadzli Yaakob atau lebih meara disapa Fazley.

Fazley, 39, yang juga terkenal sebagai chef selebriti menamakan hiasan pencuci mulut yang direka nya sebagai “From Rembau to Paris”. Kaitannya korang rasa?

Sudah tentulah “Rembau” kampung halaman Fazley manakala Paris, Perancis pula, negara di mana beliau mempelajari seni kulinari. Kreatif juga anak negeri Sembilam ni kan?


Tetapi ‘too bad’ judul tersebut mendapat kecaman serta kritikan dari seorang penggiat seni kulinari melalui media sosial sehingga tular diperkatakan netizen khususnya di kalangan pencinta masakan.

“Tindakan dia memuat naik kritikannya ke laman sosial, saya anggap keterlaluan,” luah plantun lagu “Asmara Ini” seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurutnya. hiasan meja hidangan pencuci mulut itu jika dipersembahkan di Amerika Syarikat harganya RM250 satu kepala sedangkan beliau buat dengan harga RM30 satu kepala.

Nampak gayanya bila ada banyak kepala, macam tu lah ibarat kata pepatah Inggeris “Too Many Cooks Spoil the Broth”.

Kata Fazley, bukan dia tidak boleh dikritik tetapi tidak menggemari cara pendekatan individu itu yg dianggapnya salah.

Dia menggunakan perkataan kesat dan menulis dengan menggunakan bahan makanan, tambah Fazley bengang.

Amboi kreatif juga orang tu ya? Siap marah guna bahan masakan lagi huhu! Macam mana agaknya bunyinya?

Takpe lah Fazley… masa akan menentukan baik buruknya. Teruskan perjuangan dengan mencipta gabungan masakan traditional tempatan dengan luar negara.

Datuk Fazley kini adalah pengasas dan pemilik restoren yang dinamakan “Sucre Sucre Bistro” terletak di Taman Permata, Kuala Lumpur.

SGMS Fas