Fazura Kesal Kes Dera Semakin Berleluasa, Titip Pesanan Makan Dalam Buat Pekerja Taska -“Kalau Taknak Kerja Jaga Bayi, Cari Kerja Lain!”

Pelakon dan usahawan Fazura tampil meluahkan rasa kesalnya terhadap kes penderaan kanak-kanak di taska semakin berleluasa, kebelakangan ini.

Perkara itu telah didedahkan oleh Fazura menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Menurut Fazura, dia sangat geram dan sakit hati dengan tindakan sesetengah pengasuh yang tidak berhati perut mendera kanak-kanak sehingga boleh membawa maut.

“Assalamualaikum semua, hari ni saya sangat geram dan sakit hati sebab kebelakangan ini banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tapi dalam masa yang singkat mereka cedera, kena pukul sampai meninggal dunia,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Fazura turut memberikan pesanan makan dalam buat seluruh pemilik dan pekerja taska untuk bekerja seikhlas hati dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Pesanan untuk semua yang nak kerja di taska, nak buka taska ke kalau taknak jaga anak orang, tak payahlah jaga. Tolonglah, kita dahla penat melahirkan besarkan anak.

“Kadang-kadang ada antara yang menunggu zuriat bertahun-tahun. Hantar ke taska dua tiga hari sampai cedera teruk. Yang baru-baru ni sampai tempurung kepala cedera, koma ada yang sampai meninggal dunia.

“Semalam rasanya, kurung anak-anak kecil dalam bilik yang sempit tanpa diberikan makanan dan sebagainya.

“Please janganlah pentingkan diri sendiri. Tahulah nak cari rezeki, tapi carilah rezeki dengan cara yang berkat dan ikhlas,” jelasnya.

Selain itu, pelakon itu juga sempat mengingatkan seluruh pemilik taska untuk mengambil pekerja yang betul-betul ikhlas untuk menjaga kanak-kanak bagi mengelakkan isu ini terus berlaku.

“Kalau taknak kerja menjaga bayi, tolonglah cari kerja lain. Saya sangat-sangat kecewa dan sakit hati. Sebagai seorang ibu memang saya sangat sakit hati.

“Pesanan untuk semua yang nak jadi pengasuh, buka taska ke, pemilik taska tolonglah hire orang yang betul-betul ikhlas,” katanya.

@fazuraofficialSayangi lah anak-anak yg diberi kepercayaan pada kamu untuk menjaga anak mereka dgan baik. Ingat lah, Allah SWT sentiasa melihat.♬ original sound – Fazura
Fatin Nurain