Filem Pulang Makin Trending!

Selepas siri jelajahnya di negeri Kedah, filem Pulang sekali lagi mengangkat martabatnya apabila kekal mendominasi platform media sosial menerusi laman twitter. Dan, perkara tersebut turut diakui oleh penyumbang idea iaitu, Datuk Izham Omar dan barisan pelakon filem tersebut.

Menurut Puteri Aishah, feedback yang beliau terima menerusi tayangan filem Pulang masih memberangsangkan sehingga menjadi trending dilaman twitter.

“So far so good, pulang trending kot kat twitter. So, memang baguslah. Lagipun Puteri dapat banyak feedback daripada peminat mengatakan ada yang menyaksikan filem tersebut 2 kali dan ada juga yang cakap nak repeat lagi so, alhamdulillah.” Katanya ketika mengikuti siri jelajah filem tersebut di Aman Jaya, Kedah pada Sabtu.

Manakala, beliau sama sekali tidak menyangka sambutan terhadap filem ini begitu memberangsangkan sehingga tiket habis terjual. 

Barisan pelakon filem Pulang membuat kejutan apabila tampil didalam panggung wayang di GSC, Aman Sentral sebaik sahaja  filem tersebut tamat lantas mendapat tepukan dan sorakan daripada penonton.

Sebenarnya kejutan in adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan filem terbitan Primeworks Studios sejak ianya mula ditayangkan pada 26 Julai lalu.

Antara barisan artis yang tampil membuat kejutan pada siri jelajah pada kali ini ialah Remy Ishak, Puteri Aishah, Erwin Dawson, Azrel Ismail, dan Alvin Wong.

Jadi, kepada sesiapa yang masih belum menyaksikan filem Pulang tu, bolehlah berkunjung ke pawagam berdekatan anda sebelum terlambat! Jangan lupa sediakan tisu okay!

Salma Syahbuddin