Hiburan By: Salma Syahbuddin July 27, 2023 @ 6:30pm

Firdaus Wong Muncul Jadi Saksi Ke -10, Dedah Berlaku Perbuatan Liwat Antara PU Azman Dengan Dua Remaja Lelaki

Saksi kesepuluh iaitu pendakwah bebas, Firdaus Wong hadir di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan hari ini susulan perbicaraan kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti, PU Azman.

Menerusi perbicaraan hari keempat itu, Firdaus mendakwa berlaku perbuatan liwat antara Azman dan dua mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual, Ustazah Dedah PU Azman Lakukan Seks Oral Pada Anak Murid -“Dia Minta Ci*m Mulut & Kemal**n Hingga…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kes Amang Seksual PU Azman: “Saya Percaya Kepada Firdaus Wong Untuk Bantu Kami” – Saksi Kelapan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa telah memaklumkan mengenai insiden yang berlaku kepada Firdaus Wong dengan mengatakan Azman pernah meminta kedua-dua mangsa untuk meliwatnya.

Malah, dia mengetahui mengenai hal tersebut selepas sesi pertemuan bersama kedua-dua mangsa di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor pada 27 Ogos 2022 selepas mangsa pertama mengaku perbuatan Azman dan kemudian mangsa kedua juga tampil dengan kenyataan sama.

“Saya tanya kepada mangsa, adakah Cik Man (Azman) minta untuk diliwat. Pada perjumpaan di SACC dia kata tak ada, tetapi pada perjumpaan di Acapella 27 Ogos, selepas seorang lagi mangsa cerita bagaimana Cik Man ada minta liwatnya di rumah Cik Man di Sendayan.

“Pada waktu itu, mangsa mencelah dan berkata ‘Uncle, saya ingat balik, saya pun ada’. Saya bertanya kepada mangsa kenapa pada perjumpaan pertama kata tak ada, mangsa memberitahu dia baru kemalangan, kepala masih sakit. Kalau ingat banyak sangat kepala akan sakit sangat.

“Yang saya ingat seorang mangsa beritahu, ketika dia sedang mandi di rumah Cik Man, tertuduh mengetuk pintu bilik air dan memintanya untuk buka dan berkata ‘tak kan dengan ayah pun nak malu’, kerana itu bahasa digunakan.“Kemudian mangsa keluar bilik air dengan bertuala, tapi Cik Man kemudian minta ‘main’,” jelasnya.

Tambahnya,  mangsa telah menggunakan perkataan ‘main’ ketika menceritakan kejadian itu kepadanya, namun dia menggunakan perkataan liwat bagi menggambarkan perbuatan itu ketika memberi keterangan di mahkamah.

Terdahulu, saksi ketujuh yang juga merupakan seorang wanita bergelar Ustazah mendedahkan bahawa PU Azman pernah  melakukan seks oral terhadap mangsa sehingga mengeluarkan air mani.

Dan, pendedahan tersebut telah dibuat oleh pelajar berkenaan pada tahun lalu dalam satu pertemuan.

Untuk rekod, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, 43, berdepan dengan pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual dan kelucahan terhadap dua pelajar lelaki di sebuah kediaman yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari 2022.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023

Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah. @hafizmahamadKita bersahabat hingga syurga 💙 ♬ Ya Rasulalloh Ya Habiballah – Ai khodijah Menerusi perkongsian di […]

Featured Wed, 8 Feb 2023
Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023
Trending Tue, 15 Oct 2019

Depression Unfortunately Isn’t As Foreign in the K-Pop Industry

Dark side of K-Pop industry with daily weigh-ins, dating bans and cosmetic surgery

Featured Tue, 5 Apr 2022
Trending Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Sat, 3 Nov 2018