Fizo Omar & Wak Doyok Dihentam Netizen Gara-gara Promosi Forex – “Tolonglah Bertaubat! Menyampah Tengok Iklan..”

Sebuah ciapan di Twitter dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Furqan Abdullah berkenaan dengan dua selebriti popular, Fizo Omar dan Wak Doyok hangat diperkatakan.

Pengguna terbabit mempersoalkan mengapa dua artis itu sanggup menerima bayaran untuk menjayakan iklan sebuah syarikat broker global yang menjalankan pelaburan tukaran mata wang asing atau forex.

Umum sedia maklum, pelaburan tukaran mata wang asing atau forex adalah sesuatu yang bercanggah dari segi agama dan hukumannya haram kerana mempunyai unsur riba.

Dalam pada itu, Furqan turut memohon supaya dua selebriti terkenal itu untuk kembali ke pangkal jalan dan tidak mempengaruhi saudara sesama Islam yang lain untuk turut serta dalam hal sedemikian.

Tinjauan reaksi netizen terhadap ciapan tersebut dibanjiri dengan kritikan dan mereka turut mempertikaikan tindakan dua selebriti yang mempunyai ramai pengikut itu.

Malah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa menyampah apabila iklan syarikat forex terbabit sering muncul di laman YouTube.

Sebelum ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram milik Fizo pada April lalu, pelakon itu bertanyakan followers mengenai dirinya dan Wak Doyok.

“Sakan @wakdoyok tengah layan tu. You all selalu perasan Abe Joe and Abe @wakdoyok kat mana ek?” soalnya.

Di ruangan komen, peminat turut menegur Fizo dan Wak Doyok mengenai penglibatan mereka dalam iklan forex berkenaan.

Aqilah Paharuzi