[VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Kemelut rumah tangga yang melibatkan pelakon jelita Puteri Sarah Liyana yang mendedahkan mahligai cintanya bersama pengarah, Syamsul Yusof diganggu oleh orang ketiga sehingga kini masih hangat menjadi perbualan orang ramai.

Sebelum ini, nama Syamsul menjadi buruan setelah muncul kontroversi yang mendakwa dirinya bakal berkahwin dengan kekasih iaitu Ira Kaza, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Terkini, heboh apabila segelintir netizen mendakwa kekasih Ira muncul dalam Instagram Live Puteri Sarah, baru-baru ini.

Difahamkan, nama Ira dipetik netizen apabila Puteri Sarah sedang berkongsi mengenai keadaan kesihatan anak lelakinya, Syaikhul Islam, 5, yang dimasukkan ke hospital akibat demam dan jangkitan virus di bahagian tekak.

Susulan itu, menerjah ke ruangan maklum balas Instagram live berkenaan dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan kehadiran Ira.

Sedar akan kewujudan Ira dalam Instagram live tersebut, Puteri Sarah ‘selamba’ memberi respons kepada Ira selepas membaca komen netizen.

“Nak stalk I ke? Nak stalk I ke? I busy,” kata Puteri Sarah sambil tertawa.

Terdahulu, media cuba mendapatkan Syamsul untuk mengulas mengenai kontroversi bakal berkahwin ketika tayangan perdana filem Mat Kilau yang diarahkan olehnya pada Khamis lalu, namun Syamsul dikhabarkan tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bakal Berkahwin Lagi – Syamsul Yusof Tak Hadir Tayangan Filem Sendiri, Yusof Haslam Kunci Mulut

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Harap Ira Kaza & Syamsul Yusof Tak Akan Berkahwin – “Kasihan Kepada Menantu Saya Jika..”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

Artikel Berkaitan: “Balik Dari Umrah Husband Nak…” – Puteri Sarah Liyana Dapat DM Tanya Soal Cerai, Dakwa Pihak Ketiga Reka Cerita

Artikel Berkaitan: “Dah Macam Amber Heard Pula Tengok Dia Ni, Kind Of Funny!”- Sebab Kesiankan Bapa, Puteri Sarah Liyana ‘Malas’ Layan Drama Ira Kaza

Sumber: OhBulan!

Aqilah Paharuzi