Featured By: Fatin Nurain October 31, 2022 @ 2:28pm

Fouziah Gous Kongsi Kisah Hijrah, Pernah Bergaduh Dengan Suami Gara-Gara…. – “Saya Bertudung Kerana Allah”

Pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous tampil mendedahkan kisah penghijrahannya yang bermula sejak tahun 2018 yang lalu.

Menurut Fouziah, penghijarahan yang dilakukannya itu bukan atas paksaan dan desakan orang sekeliling, sebaliknya dirinya yang nekad untuk berubah kerana Allah SWT.

“Saya cakap dengan suami, kalau saya nak pakai tudung sebabnya bukan datang daripada dia.

“Kita berubah mencari (Tuhan), tak patut disebabkan manusia. Saya pakai hanya kerana Allah SWT. Apatah lagi untuk motivasi tersebut datang daripada orang luar.

“Saya tak nak kalau suatu hari nanti suami tiada, tiba-tiba saya dah tak pakai tudung. Kiranya selama ini umpama saya pakai tudung kerana dia.

“Bukan begitu. Sudah tentu saya melalui proses-proses perubahan (untuk jadi muslim yang lebih baik),” katanya.

Selain itu, Fouziah turut mendedahkan bahawa dia pernah bergaduh dengan suaminya, Datuk Mohd Zhafran Md Yusof gara-gara sering menerima tohmahan daripada netizen kerana penampilannya yang tidak bertudung.

“Saya pernah bergaduh dengan suami masa awal-awal dahulu. Saya kenal dia sewaktu belum bertudung.

“Orang kutuk saya (tak bertudung).Orang cakap, suami tanggung dosa. Sampai kami bergaduh bila suami tunjukkan video kalau tak bertudung, dia yang kena tanggung dosa.

“Saya seorang yang suka berdebat. Orang komen dalam laman sosialnya dan pada waktu itu suami belum lazim lagi dengan dunia selebriti. Segala kritikan orang ramai, terpalit juga kepadanya,” jelasnya.

Memetik laporan Kosmo, pelakon jelita tersebut juga beranggapan tidak semua wanita yang tidak bertudung itu jahat.

“Sungguhpun begitu, saya tak rasa orang yang tidak bertudung itu jahat atau mereka tiada niat nak jadi baik.

“Saya tak rasa fizikal seseorang melambangkan keperibadian mereka. Kita pun tak tahu, entah-entah, mereka lebih baik berbanding kita.

“Kadang-kadang seseorang itu bising sana sini tapi di belakang, mereka lebih baik daripada apa yang kita nampak,” jelasnya.

Biarpun dirinya dibesarkan dengan pelbagai latar belakang keluarga yang berbeza dari segi kepercayaan dan budaya, perkara itu tidak membantutkan imannya untuk terus berhijrah, sebaliknya menghormati pegangan orang sekeliling.

“Saya membesar dengan cara yang sangat mengelirukan tetapi semua itu membuatkan diri sangat menghormati pegangan atau kepercayaan orang lain.

“Janganlah kerana seorang dua manusia di luar sana, kita salahkan agama. Kita pandang agama dari sudut yang positif. Jangan disebabkan manusia, agama pula disalahkan. Itu tidak adil,” katanya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Jul 2019

Bapa Kahwin Lagi, Ibu Sakit Mental…Bayi Tujuh Bulan Menangis Kena Tinggal!

Kemungkinan apabila ibunya sihat, bayi itu akan dikembalikan semula kepada ibunya.

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Featured Mon, 12 Apr 2021

Muncul Dengan Single Petanda, Aliff Idham Mahu Ikut Jejak Langkah Judika

Penyanyi, Aliff Idham, tampil dengan single pertama berjudul PETANDA yang dicipta sepenuhnya oleh Aliff sebagai komposer dan penulis lirik. Walaupun masih muda dan aktif dalam bidang lakonan, ternyata tidak menghalang penyanyi remaja yang kini bernaung […]

#LaguXTRA Thu, 9 Mar 2023
Trending Fri, 21 Feb 2020
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Jom Tengok Episod Khas Alif & Sofia Sempena Aidiladha Bermula 5-11 Ogos Ini!

Ikuti perkembangan Alif & Sofia di laman Instagram @alif.sofia dan Facebook di www.facebook.com/AlifDanSofia atau melalui #AlifSofia di semua platform sosial.