Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 8, 2024 @ 3:19pm

Ali Puteh Kongsi Kronologi & Bukti Cuba Selesaikan Hutang Balu Abam, Dedah Perangai Sebenar Hidayah?

Isu hutang antara pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah sehingga kini belum menemui tanda nokhtah dan masih hangat diperkatakan di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ali mendedahkan kronologi berkaitan kes hutang kes saman berjumlah sebanyak RM60,000 yang didakwa belum selesai oleh balu abangnya itu.

Menurut Ali, pelbagai usaha telah dilakukan untuk melunaskan hutang tersebut namun begitu Hidayah masih tetap memburukkan namanya di media sosial.

Antara usaha yang dilakukan adalah Ali telah menjual tiga buah motosikal miliknya berjumlah RM52,000 dan memilih untuk membayar hutang secara asuran.

Bagaimanapun, Hidayah enggan menerima cara pembayaran ansuran itu, sebaliknya bertegas mahukan bayaran dalam bentuk wang tunai.

Seterusnya, Ali mendedahkan perjanjian yang telah ditetapkan di mana baki bayaran berjumlah RM23,000 sebagai wang tunai dan bayaran selebihnya boleh diselesaikan dalam menerusi aset iaitu motosikal.

Usaha ketiga yang dilakukannya adalah dengan menjual produk makanan sambal petai dan sambal daging demi melunaskan baki saman itu.

“Usaha saya masih gagal, namun saya cuba berniaga kecil-kecilan. Ini usaha ketiga saya. Statement ini bukan untuk meminta simpati atau belas kasihan, cuma saya harapkan sokongan dari masyarakat,” tulisnya.

Ali Puteh

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengkritiknya, namun begitu Ali kekal tenang dalam membalas kritikan netizen yang tidak henti memfitnah.

Malah, Ali meminta netizen untuk bertanya sendiri tentang isu berkenaan kepada Hidayah yang selama ini didakwa berlakon ‘baik’ sahaja.

“Kalau nak tahu pergi tanya balu (Hidayah) apa dia buat. Orang kalau berak tepi jalan mana nak mengaku.

“Biar nampak jahat daripada bertopeng kononnya baik,” dakwanya.

Ali Puteh

Dua tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah atas tuduhan melemparkan kata-kata mengaibkan balu allahyarham Abam di Instagram.

Artikel Berkaitan: “Tak Dapat Meroyan, Buruk-Burukkan Aku!” – Isu Pembahagian Harta Arwah Abam, Ali Puteh Perjelas Tak Makan Harta Anak Yatim

Artikel Berkaitan: “Duit Tu Untuk Anak, Bukan Saya” – Enggan Bermusuh & Berlarutan, Balu Abam Mohon Ali Puteh Segera Lunas Hutang

Artikel Berkaitan:  Anggap Hutang Saman Bukan Macam Sistem Barter, Hidayah Kekal Pendirian Tolak Tawaran Motosikal Dari Pihak Ali Puteh -“Jual Dulu, Duit Itu Bayar Pada Saya!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Ada Orang Tanya Kenapa Perut Besar’- Shila Amzah Jawab Soalan Netizen

Shila Amzah memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan bayi lelakinya.

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Dilabel Hot Mama! Stacy Akui Bukan Senang Nak Kurus

Berubah menjadi lebih baik itu kan bagus? Netizen jangan kecam please

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

‘ Memang Ada Permohonan Tetapi…’- Ketua Pengarah IB Jawab Soalan Man Bai

Namun tarikh yang dimohon oleh pihak Man Bai telah pun diisi dengan program yang terlebih awal membuat permohonan.

Hiburan Tue, 22 May 2018

Nurul Izzah Janji Bawa Radiohead Datang Malaysia!

Nurul Izzah telah berjanji akan membawa kumpulan muzik tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya. 

Hiburan Wed, 25 May 2022

“Saya Malu Tengok Lakonan Sendiri” – Khai Bahar Rasa Tidak Layak Jadi Hero Drama

Khai Bahar merasakan dia tidak layak berlakon watak hero di dalam drama.

error: Content is protected !!