Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 21, 2023 @ 11:14pm

“Sebelum Komen Kaji Dulu” – Dituduh Tak Hadir Perbicaraan, Ini Jawapan Adam Shahz!

Pelakon Adam Shahz didakwa tidak hadir ke perbicaraan berhubung kes penjagaan anaknya bersama bekas isteri, Fatin Afeefa semalam.

Ekoran tidak hadir ke mahkamah, Fatin Afeefa dilihat meluahkan rasa bengangnya menerusi sebuah entri di Instagram.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Bengang Adam Shahz Tak Muncul Di Mahkamah? – “Drive Awal Pagi Hanya Untuk…”

Susulan itu, Adam tampil menjawab persoalan orang ramai mengenai ketidakhadirannya ke mahkamah tempoh hari.

Adam dilihat menjawab persoalan ramai dengan memuat naik sebuah video seorang peguam syarie yang menjelaskan situasinya.

Kata peguam tersebut, Adam diwakili peguam di mana peguamnya hadir ke sebutan pertama dan ia sudah memadai.

Tidak menjadi masalah jika Adam tidak hadir pada perbicaraan tersebut kerana masih dalam sebutan.

Tambah peguam itu, segala dakwaan terhadap Adam adalah tidak berasas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

Pada ruangan kapsyen, Adam dilihat berterima kasih kepada peguam syarie tersebut sekaligus meminta orang ramai untuk membuat kajian sebelum menuduh.

“JAWAPAN pada SOALAN. Terima kasih Puan @yana_sihar

“Sebelum komen apa-apa, kaji dan dapatkan maklumat yang sahih,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen usikan menyatakan bahawa Fatin Afeefa rindu akan bekas suaminya itu.

Tidak kurang juga, ada yang beranggapan Fatin sengaja membuat drama.

Terdahulu, Adam memfailkan tuntutan hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia,7 selepas mendakwa Fatin Afeefa menghalangnya dari berjumpa dengan anak lebih empat bulan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Jangan Pisahkan Kasih Antara Ayah & Anak” – 4 Bulan Tak Berjumpa, Adam Shahz Kongsi Momen Manis Bersama Puteri Sulung

Artikel Berkaitan: “Ayam Oh Ayam… Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni?” – Fatin Afeefa, Adam Shahz Gagal Capai Kata Sepakat, Opai Luah Rasa Kesal!

Artikel Berkaitan: Kes Tuntutan Hak Penjagaan Anak: Adam Shahz Mohon Hak Lawatan Tapi Fatin Afeefa Bantah, Maklum Empat Bulan Tak Jumpa Anak

Artikel Berkaitan: “Lebih 3 Bulan Dia Halang Saya Jumpa Anak…” – Adam Shahz Dakwa Fatin Afeefa Sekat Nombor, Tekad Mahu Hak Sebagai Bapa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Dec 2025

DJ Lin, PERISMA Pahang Sokong Inisiatif Yayasan Al Farhain Bantu Golongan B40 Buat Pembedahan Mata Secara Percuma

DJ Lin, PERISMA Pahang sokong inisiatif Yayasan Al-Farhain beri sinar baharu untuk golongan B40.

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Tue, 16 May 2023

Bekerjasama Dengan Syarikat Antarabangsa, Neelofa Masih Diterima Baik Walaupun Berniqab

Neelofa kot semua syarikat berebut nak berkolaborasi bersama

Featured Tue, 12 Jul 2022

Kes Langgar Lari: Bayi 4 Bulan Bertarung Nyawa Tercampak Di Tengah Highway, Ramai Selebriti Bantu Wanita Ini Cari Rakaman Dashcam

Allahuakbar! Difahamkan bayi tersebut mengalami kesakitan patah tulang peha, tulang pinggul dan pendarahan di otak. Update terkini, ibu mangsa dah dapat no plat individu terbabit.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Tue, 21 May 2019

‘ Ramadan Kali Ini Paling Sukar’-Isteri Ammar Alfian Kecewa Ditipu

Bagaimanapun, hantaran berkenaan sudah dipadamkan beberapa jam selepas dimuatnaik.

error: Content is protected !!