Fuh…Aliff Syukri Palace Sedia Dijual Dengan Harga RM 43 Juta

Luasnya bak istana, untung siapa yang dapat memilikinya. Banglo mewah dengan 30 bilik tidur milik Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan sedia untuk dijual.

Kata usahawan popular itu, beliau sedia menjual rumah berkenaan kepada sesiapa yang berminat.

Namun ia bergantung kepada harga yang ditawarkan. Jika ada yang berminat, saya mahu jual dengan harga RM 43 juta lengkap dengan perabot,” katanya.

Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.

Dalam masa sama, beliau berminat untuk membeli hotel pula selepas ini.

Saya boleh tinggal di sana dan dalam masa sama dan pekerja boleh dapat jana pendapatan sekali,” ujarnya.

Rumah serba mewah bernama Aliff Syukri Palace itu terletak di Kota Damansara, Selangor di mana perabot yang ada di dalam kediaman mewahnya itu diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

 

SGMS Faida