Wow! Jenama milik Erma Fatima, Fazura Ke Couture New York Fashion Week

Dalam usaha mempromosi produk keluaran Malaysia ke Amerika Syarikat, Peniagawati atau Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen bakal membawa beberapa jenama tempatan ke New York Fashion Week.

Ini selaras dengan usaha mengetengahkan bakat usahawan Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam masa sama mempromosikan negara sebagai pusat pelancongan.

Antara beberapa jenama yang terpilih adalah Fazbulous milik Nur Fazura, Mak Cun ( Erma Fatima), Rizman Ruzaini ( Rizman & Wan Mohd Ruzaini), V Hijrah (Vie Shanti), FIZIWOO (Hafizi & Izree) dan beberapa jenama pakaian tempatan.

Pelakon dan pengasas jenama pakaian Mak Cun, Erma Fatima ketika ditemui di Majlis Pengumuman Malaysian Fashion & Business Mission Ke New York 2018 memberitahu beliau bakal mempersembahkan 12 rekaan di bawah jenamanya.

“ Mengenai konsep fesyen pula, koleksi Mak Cun mengetengahkan pemilihan warna Black & Gold ( Hitam Keemasan) di atas pentas berprestij itu nanti.

“ Insha Allah, saya dan team Mak Cun akan berangkat ke New York pada 3 September depan. Pertunjukan fesyen pula diadakan pada 7 September. Doakan yang terbaik ya,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, program ini turut disertai oleh 80 usahawan Malaysia daripada pelbagai bidang termasuklah perdagangan, fesyen, pelancongan, kebudayaan dan banyak lagi.

Acara Couture New York Fashion yang bakal diadakan di Hotel Crowne Plaza Times Square, New York ini turut dihadiri oleh tetamu daripada seluruh dunia. Untuk Kak Erma dan pasukan Mak Cun, Good Luck untuk pertunjukan itu nanti!

 

SGMS Faida