Categories: Featured

Tiada Lagi Penyedut Minuman Di Starbucks Pada Tahun 2020

Rangkaian kopi terkenal dunia, Starbucks bakal mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di premis mereka menjelang tahun 2020.

Perlaksanaan tersebut akan dilakukan secara berperingkat di semua premis Starbucks seluruh dunia bermula di Amerika Syarikat hujung tahun ini, diikuti dengan premis di Eropah menjelang tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu, Starbucks bakal menggunakan gelas dengan penutup rekaan baharu yang membolehkan pelanggan untuk menikmati minuman kegemaran mereka tanpa menggunakan sebarang penyedut minuman plastik.

Lebih menarik, penutup gelas yang bakal digunakan nanti diperbuat daripada bahan biodegradable yang mudah lerai bagi menjaga alam sekitar. Bagusnya kan?

Foto: The vocket

Apa pendapat anda tentang langkah Starbucks ini? Sebelum ini, McDonald’s di Pulau Pinang tidak lagi menyediakan penyedut minuman di restoran mereka.

Bagus sebenarnya pendekatan mereka ini, harap lebih banyak lagi premis makanan dan minuman lain akan melakukan langkah sama untuk menjaga alam sekitar di Malaysia. 

Sumber: The Vocket , Twitter

tex_admin