Gambar Kemalangan Tular, Isteri Saleem Sahkan Kejadian Adalah Benar!

Gempar apabila penyanyi Saleem dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bandar Mahkota Cheras dan Saleem kini berada di Hospital Kajang untuk rawatan susulan.

Menerusi gambar yang diterima menerusi Whatsapp, isterinya Julia Bachok memberitahu suaminya berada dalam keadaan stabil namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“ Kejadian berlaku ketika dia keluar nak beli barang, Sudah tentu saya terkejut bila dapat tahu dan segera ke hospital,” katanya. 

Menerusi status yang dimuatnaik di Facebook Mai Othman, Saleem dikatakan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang selain berada dalam keadaan koma.

Tambah Julia, suaminya mungkin akan dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“ Keadaan Saleem stabil dan tidaklah seteruk yang diberitahu. Doakan agar Saleem cepat sembuh dan saya anggap kejadian yang berlaku ini adalah ujian Allah,” katanya.

SGMS Faida