Categories: Sihat

Rasa Lenguh Setelah Duduk Di Meja Pejabat Berjam-Jam? Amalkan 11 Senaman Regangan Ini

Walaupun kerja anda memerlukan anda untuk duduk di meja dan di depan komputer, anda mesti luangkan sedikit masa untuk regangkan otot badan.

Ini adalah kerana posisi duduk adalah sejenis postur statik yang akan menambahkan stres di bahagian belakang, bahu, lengan dan kaki anda. Ia juga berpotensi untuk menambahkan lebih banyak tekanan di otot belakang dan cakera tulang belakang.

Sehari dua tak apalah kot. Tapi dalam jangka masa panjang, ia memang boleh memudaratkan kesihatan anda. 

Ini tak bermakna anda perlu berhenti kerja dan ceburi bidang lain. Sebaliknya ada beberapa teknik senaman yang anda boleh amalkan untuk memastikan badan anda taklah rasa lenguh sentiasa.

Simple saja, tak perlu bangun pun dari kerusi anda. Jom cuba!

Teknik-teknik senaman duduk:

1. Putarkan pergelangan tangan

2. Lunjurkan lengan dan tarik jari-jari ke atas

3. Regangkan bahagian bahu

4. Regangkan trisep

5. Pusingkan kepala 180 darjah berulang-ulang kali

6. Tarikkan leher dengan tangan ke kanan hingga regang, dan kemudian ke kiri

7. Pusingkan badan hingga sejauh mana anda boleh pandang ke belakang. Buat di kedua-dua belah.

8. Regangkan otot hamstring

9. Regangkan bahagian bawah belakang dan peha

10. Lunjurkan kaki dan flex otot

11. Bernafas dalam-dalam

Rujuk video di bawah untuk dapatkan pemahaman secara visual, serta kiraan untuk setiap senaman.

Bila anda rasa letih dan tak bermaya, atau badan rasa sengal dan lenguh, cuba lakukan senaman ini, okay? Tak kiralah di pejabat atau di mana-mana pun. Bila anda terpaksa duduk berjam-jam, inilah senaman yang boleh melegakan badan.

Sumber: Goodful

Ad Ops