Hiburan By: Fatin Nurain July 10, 2023 @ 6:31pm

Gambit Saifullah Lebih Gemar Pilih Naskhah Yang Ada Mesej Berguna

Pelakon Gambit Saifullah mengakui dirinya lebih selesa berlakon menerusi filem dan drama yang mempunyai mesej yang berguna sahaja.

Menurut Gambit, dia lebih gemar menerima naskhah-naskhah yang boleh memberikan kesan yang mendalam kepada penonton dengan hasil karyanya.

“Saya mula berlakon sekitar tahun 2005. Ketika bermula, saya banyak menjayakan filem demi filem. Masa itu, saya masih mencari diri dan mengasah bakat kerana latar belakang dalam bidang kejuruteraan.

“Sepatutnya saya sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda di United Kingdom (UK), tetapi saya memilih bidang seni.

“Jiwa saya lebih ke arah lakon layar skrin. Saya juga mula bergelar penerbit pada usia 22 atau 23 tahun. Saya mahu menerbit banyak program travelog dan sebagainya sebab nikmat Tuhan itu besar, jadi saya mahu memanfaatkannya.

“Saya mahu buat sesuatu yang memberi kesan kepada penonton. Jadi, saya lebih berminat menerima tawaran filem dan telefilem.

“Bila buat naskhah filem, kemudiannya boleh tutup cerita. Kalau buat drama, ia naskhah berpanjangan. Jadi, lebih selesa kepada naskhah berat dan mesej berguna berbanding kuantiti,” katanya.

Mengakui selektif sejak awal pembabitannya dalam industri seni, Gambit turut mengakui dirinya lebih selesa membaca skrip terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tawaran lakona yang diberikan.

“Kita ada haluan masing-masing. Sejak muda, saya tidak mahu menjayakan kisah cinta kerana tidak mendatangkan kepuasan.

“Namun, ia bukanlah bermaksud saya hanya menjayakan filem. Saya boleh berlakon drama, tetapi lebih meminati karya yang ada mesej. Saya tak kisah menjayakan drama kisah cinta, tetapi perlu ada mesej dan pengajaran.

“Sejak dahulu, saya akan minta skrip sebelum bersetuju. Ada pihak menyifatkan saya ‘demanding’, tetapi itu adalah tanggungjawab saya.

“Saya tidak akan mengatakan persetujuan hanya untuk menjaga hati. Jika rasa tak boleh buat, saya akan tolak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Gambit kini tampil membintangi drama Alter-Naratif arahan Faizal Ishak terbitan platform penstriman Viu.

Selain Gambit, drama itu turut dibintangi Nabila Huda, Liyana Jasmay, Rahim Omar, Neera Azizi, Vanidah Imran dan Gishnervam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Wed, 27 Sep 2023
Hiburan Sun, 12 Jun 2022

Konsert Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Bakal Mengimbau Memori Lama

Ruffedge bakal mengadakan konsert pada 2 Julai 2022 di Dewan Filharmonik PETRONAS!

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Malam Yang Indah Untuk Peminat… Muse Pukau Lebih 50,000 Penonton!

Konsert Muse Will Of The People World Tour 2023 sukses!

Hiburan Fri, 18 Jan 2019
Featured Sat, 24 Sep 2022

Jelita Gayakan Busana Serba Putih, Penampilan Anak Azhar Sulaiman Dikritik Lagi – “Minah Saleh Pun Tak Berani Nak Pakai…”

Biarlah dia… dengar kata London pun macam kat Malaysia sekarang ni. Cuaca okay-okay je.

Trending Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Fathia Latiff Pilih Jadi Pengkid?

Kalau ada tawaran Fathia sedia terima!

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!