Hiburan By: Maya Basir June 12, 2022 @ 5:43pm

Konsert Ruffedge Di Dewan Filharmonik Petronas Bakal Mengimbau Memori Lama

Kumpulan R&B dan hip-hop popular Malaysia, Ruffedge bakal mengadakan konsert di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 jam 8.30 malam.

Konsert yang diberi nama Ruffera akan menyaksikan Ruffedge mengikuti jejak langkah kumpulan tempatan di pentas berprestij DFP seperti Hujan dan Akim & The Majistret, sejajar dengan matlamat DFP untuk menyajikan persembahan pelbagai genre muzik kepada orang ramai.

Sepanjang karier Ruffedge, mereka telah memenangi anugerah Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik pada tahun 2003 dan dicalonkan dibeberapa acara anugerah lain serta telah menghasilkan pelbagai lagu popular seperti Tipah Tertipu, Da’ Bomb dan banyak lagi.

Persembahan sulung Ruffedge di DFP yang diiringi oleh kumpulan muzik dipimpin oleh Dato’ Acis sebagai Pengarah Muzik ini akan menyelusuri memori dengan lagu-lagu popular mereka seperti Tiada Lagi Cinta, Bila Rindu, Lemas dan Seperti Mereka serta memberi penghormatan kepada artis-artis lain.

Menerusi perkongsian Ruffedge di Instagram, rata-rata peminat tidak sabar untuk menonton konsert mereka yang sepatutnya berlaku pada 2 tahun lalu namun akibat pandemik ianya terpaksa ditangguhkan.

Ruffedge juga turut memberitahu peminat-peminat bahawa konsert ini bukan yang terakhir dan berharap akan diberi peluang lagi untuk mengadakan beberapa konsert pada masa akan datang bagi memuaskan hati peminat yang masih tidak berpeluang menonton mereka secara ‘live’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 4 Sep 2019

With Just RM49, This is a Definitely Must-Go For September Dates and Family Days!

Coming back bigger and better, Swiss Dream Circus of Switzerland is devising a perfecting conjoining hubs of impressive acrobats and bravery form circus performers from all corners of the world.

Events Mon, 18 Apr 2022

Gatick Padam Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

Sikit-sikit kebenaran terbongkar kan???

Hiburan Fri, 8 Dec 2017

Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Terbaru Neelofa

 Neelofa telah dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif syarikat penerbangan itu dan membuktikan dirinya bukan calang calang wanita dalam dunia perniagaan

Trending Mon, 4 Jun 2018

手指上长出一整排臼齿「惊悚指甲彩绘」胆大才能驾驭

对于女人来说,有干净、漂亮的美甲,已经成为每天造型重要一环,想要来点新鲜的,可以挑战惊悚系指甲彩绘,在手指上打造出逼真的臼齿、鼻子,毛到让人头皮发麻,胆子够大才能驾驭。

Trending Wed, 29 Jan 2020
Agama Wed, 5 Jun 2024