Events By: Salma Syahbuddin July 16, 2022 @ 6:46pm

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Mungkin menjadi angan-angan buat semua penghibur tanah air untuk beraksi di pentas berprestij bersama gabungan Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).

Dan siapa sangka, setelah 35 tahun berkecimpung dalam industri nyanyian, peluang itu akhirnya diberikan kepada Ratu Pop Malaysia, Datuk Aishah dalam satu siri konsert berjudul, Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous yang akan diadakan pada 6 Ogos 2022 di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC.

Difahamkan, sebanyak 23 buah lagu akan dinyanyikan pada malam konsert tersebut dan akan dipimpin oleh konduktor, Ahmad Muriz Che Rose. Antara lagu-lagu popular yang bakal dipersembahkan nanti adalah, Seloka Rindu, Fatwa Pujangga, Kemaafan, Dendan Yang Terindah, Janji Manismu dan Camar Yang Pulang.

Malah, lagu-lagu ini juga difahamkan telah digubah dan diberikan nafas simfonik baru oleh Gerard Salonga, Luqman Aziz, Jenny Chin, Ahmad Muriz Che Rose dan ramai lagi.

Berkongsi momen tersebut, Aishah mengakui sedikit gementar namun begitu teruja dalam memberikan yang terbaik menerusi setiap lagu yang akan dibawakannya pada malam tersebut.

“Macam tak percaya, pejam celik, pejam celik tak lama je lagi tinggal tingga minggu je lagi.

“Bila nak menyanyi tu kan, perasaan gementar, kaki tangan tu kan semua akan sejuk…Tapi alhamdulillah dah sampai sini. Doakan yang terbaik dan semua sihat,” katanya.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan turut mengambil kelas vokal bersama cikgu Syafi demi menjaga vokalnya.

“Dulu saya menyanyi je…Tapi sekarang at my age i have to… effort namanya.

“Yelah… nyanyi dalam studio lain rasanya, nyanyi dalam orkestra lagi berbeza, jadi saya kena belajar ,” jelasnya.

Justeru itu, beliau berharap agar setiap penonton yang hadir ke konsert Aishah & MPO : A Symphonic Rendezvous nanti akan dapat menikmati lagu-lagu disepanjang perjalanan karier seni beliau sambil diiringi  alunan orkestra daripada MPO.

Selain itu, Aishah turut berkongsi busana yang akan dipakai pada malam konsert nanti adalah hasil rekaan pereka fesyen tanah air, Razman Razmi.

Untuk rekod, Aishah pernah berkolaborasi bersama MPO dan Akim Ahmad untuk konsert Malaysia’s Virtual National Day 2020 Reception dan juga pada tahun 2018 untuk konsert Semalam Di Malaya, bergandingan  bersama Liza Hanim, Musly Ramly dan Rachel Guerzo.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Featured Fri, 15 May 2020
Featured Fri, 5 Mar 2021
Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Featured Sat, 4 Jun 2022

Didakwa Jual Produk ‘Timbang Kilo’ & Overclaimed, Nana Mahazan Minta Netizen Buat Kaji Selidik Sebelum Tuduh

Memang takde insurans betul mulut netizen ni 😤 Kan dah kena ‘sekolah’ dengan tuan empunya produk 😂

Events Tue, 23 Apr 2019
Trending Sat, 1 May 2021

Kamera Hadapan 44MP Dengan OIS, vivo V21 Hasilkan Imej Bertaraf Profesional… Lengkap Dengan Ciri Autofokus Serta Visi Malam Yang Canggih!

Mencari telefon pintar yang dapat merakamkan swafoto yang lebih jelas serta video yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana-mana jua? Siri vivo V21 yang terbaharu adalah jawapan untuk pencarian anda! Membawakan kamera hadapan 44MP […]

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

‘Nak Gugur Jantung Pagi Tadi’- Ezzaty Abdullah Kongsi Pengalaman Cemas

Nasib baik tiada sebarang kehilangan, kena lebih berhati hati lepas ini.