Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Kelahiran baby Ney Ney adalah saat ditunggu-tunggu oleh semua peminat pasangan Nedim dan Nora Danish. Dan, semenjak itu juga, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan Ney Ney sehingga ada netizen yang sanggup membuka akaun palsu untuk baby comel ini. 

Disebabkan isu ini timbul, Nedim telah memuat naik satu video di laman insta story beliau yang memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan mempunyai akaun instagram. Malah, Nedim turut memberitahu kepada semua followers beliau, sesiapa sahaja yang ingin mengikuti perkembangan baby Ney Ney mereka hanya boleh melihat menerusi instagram beliau sendiri, Nora Danish ataupun rakan-rakan yang terdekat sahaja.

Selain itu, Nedim turut memberi peringatan kepada mereka yang asyik bertanya melalui ruangan komen tentang akaun anaknya itu di instagram dan tidak akan teragak-agak untuk block mereka yang dilabel sebagai takde otak. Bagi Nedim, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life.

Baby Ney Ney yang dilahirkan pada 22 Februari lepas diberi nama Mohamed Neyqal Nedim.

 

Salma Syahbuddin