Panas! Farid Kamil Bongkar Dua Wajah Suspek

Susulan penahanan Datuk Farid Kamil atas kesalahan mencederakan penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Januari lalu, pelakon Datuk Farid Kamil akhirnya mendedahkan dalang sebenar di sebalik kejadian itu!

Antara dua individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Tajuddin (Taj Innuendo) dan Ahmad Fairuz (Osh) daripada kumpulan nasyid Firdaus.

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, dua suspek berkenaan meletakkan bahan dipercayai dadah dalam minumannya sehingga menyebabkan dirinya hilang kawalan.

“Malam sebelum ditahan, dua individu ini datang berjumpa saya dan saya mengetahui salah seorang daripada mereka merupakan pengurus artis serta yang seorang lagi adalah penyanyi. Tetapi saya tidak mengenali mereka secara rapat.

“Ketika perjumpaan itu, mereka memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja sebelum saya tidak sedarkan diri,” kata Farid yang turut berkongsi dua keping gambar individu yang terlibat.

 

Tambah Farid, sewaktu kejadian, kedua-dua individu berkenaan telah mendakwa diri sebagai kerabat diraja Johor dan kerabat diraja Kedah serta mengatakan terdapat perkara penting yang ingin dibincangkan.

“ Saya mengaku tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

 

SGMS Faida