Hiburan By: SGMS Faida February 28, 2018 @ 10:38am

Panas! Farid Kamil Bongkar Dua Wajah Suspek

Susulan penahanan Datuk Farid Kamil atas kesalahan mencederakan penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Januari lalu, pelakon Datuk Farid Kamil akhirnya mendedahkan dalang sebenar di sebalik kejadian itu!

Antara dua individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Tajuddin (Taj Innuendo) dan Ahmad Fairuz (Osh) daripada kumpulan nasyid Firdaus.

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, dua suspek berkenaan meletakkan bahan dipercayai dadah dalam minumannya sehingga menyebabkan dirinya hilang kawalan.

“Malam sebelum ditahan, dua individu ini datang berjumpa saya dan saya mengetahui salah seorang daripada mereka merupakan pengurus artis serta yang seorang lagi adalah penyanyi. Tetapi saya tidak mengenali mereka secara rapat.

“Ketika perjumpaan itu, mereka memperkenalkan diri sebagai kerabat diraja sebelum saya tidak sedarkan diri,” kata Farid yang turut berkongsi dua keping gambar individu yang terlibat.

 

Tambah Farid, sewaktu kejadian, kedua-dua individu berkenaan telah mendakwa diri sebagai kerabat diraja Johor dan kerabat diraja Kedah serta mengatakan terdapat perkara penting yang ingin dibincangkan.

“ Saya mengaku tidak mengenali dua individu tersebut secara peribadi melainkan mengetahui kehadiran mereka dalam industri hiburan tanah air,” katanya.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 23 May 2019

#SetulusIkhlas : Check In Kampung Bersama Skuad A!

Jangan lupa juga ikuti perkembangan dan info terkini check in kampung di Tangkak Johor pada weekends ni tau!

Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Mon, 14 May 2018

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan. Tahniah!

Eat Travel Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Lepas Restoran, PU Riz Urus Food Court Pula

Terbaiklah PU Riz…semoga terus sukses!

LIFESTYLE Mon, 3 Jun 2019

Explore Langkawi Wholly with Resorts World Langkawi

There’s more to enjoy in Langkawi than we know!