Gara-Gara Berimej Mewah, Didakwa ‘Ditaja’ VVIP… Ini Respons Lia Natalia

Baru-baru ini, pelakon Lia Natalia didakwa ‘dibela’ oleh individu yang bergelar VVIP gara-gara penampilannya kini yang dilihat mewah.

Tidak cepat melatah, Lia Natalia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden, 30, tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan tersebut.

Memetik video temu bual Melodi, Lia menyatakan jika benar dirinya ditaja oleh VVIP dia tidak perlu bersusah payah untuk berlakon atau mencari rezeki.

“Kalau saya ditaja oleh VVIP, saya tak berlakon… saya duduk dekat rumah je melawa-lawa, buat TikTok.

“Saya masih lagi mencari rezeki yang halal, masih lagi menjaga keluarga saya, nama baik saya, nama baik Sabah. Apa yang saya dapat sekarang ini hasil titik peluh saya sendiri,” katanya.

Malah, Lia turut menegaskan bahawa dia masih waras untuk tahu baik buruk sesuatu perkara.

“Saya tegaskan dekat sini, saya tak gila lagi nak rampas suami orang, VVIP. Tidak ya, saya masih lagi berdiri di tapak kaki saya sendiri. No VVIP, No perampas-perampas orang. Saya masih teguh dengan prinsip saya. No gaduh-gaduh, no rampas-rampas,” jelas Lia.

Sebelum ini, pelakon drama Biarkan Ia Pergi itu pernah mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka malah telah membuat persiapan lebih 70 peratus namun dibatalkan.

Sumber: Melodi

Atiqah Johari