Azza Menggigil Dapat Mesej Individu Minta Bantuan Sejadah – “Peringatan Dari Allah”

Pelakon dan penyanyi Azza Zawari berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang individu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azza memuat naik tangkap layar yang memaparkan mesej tersebut yang meminta bantuan sejadah darinya.

Tambah Azza, dia memohon maaf kepada individu tersebut kerana lambat membalas mesej dan memberitahu semua agar menghubunginya jika inginkan bantuan.

“Allah…Terobek rasa hati ini

“Datang lah ambil jika dekat. Jika jauh saya pos kan. Maaf kan saya hari ni baru reply.

“Pagi baru saya cek menggigil rasa. Pada yang susah orang yang kurang kemampuan org yang nak sangat tapi tak mampu DM je Kak Za. InsyaAllah ambil lah dari kami. InsyaAllah ada bahagian kalian.

“Maafkan typo jawab salam. Ko tak tau akak gigil tadi jawab mesej ni. Peringatan dari Allah untuk kak Azza. Allah hantar satu mesej je. Menung jap,” tulis penyanyi kumpulan Elite itu.

Untuk info, Azza aktif menjalankan perniagaan menjual sejadah sejak tiga tahun lalu.

Khairil Khusyairi