Gara-Gara Janggut Orang Lain, Netizen Minta Sharnaaz Ahmad Rebonding Janggut

Selepas imej suami kepada penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi mencuri perhatian ramai pihak, pelakon Sharnaaz Ahmad juga terkena tempiasnya.

Terdapat segelintir netizen yang mengusik Sharnaaz dan meminta pelakon itu untuk merapikan janggutnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Juvana ini dilihat sempat membalas komen netizen yang memintanya untuk merapikan janggut menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story miliknya beserta gambar beliau.

“Okay aku dah trim jambang supaya tiada kekeliruan jantina,” katanya.

Terdahulu, suami kepada Heliza yang juga seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri mencuri perhatian apabila janggut yang telah disimpan sejak 17 tahun itu menerima usikan segelintir netizen.

Salma Syahbuddin