Gara-Gara Terhibur Netizen Masak Nasi Goreng Tak Ikut Resepi, Nabila Huda Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Gara-gara terhibur dengan gelagat netizen memasak nasi goreng tidak mengikut resepinya, pelakon dan pengacara, Nabila Huda sekali lagi menerima kecaman dalam kalangan warganet.

Terdahulu, sebuah video yang menunjukkan pelakon itu mentertawakan cara seorang pengguna TikTok memasak nasi goreng yang diinspirasikannya tular di platform tersebut.

Video berkenaan sekali gus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengguna TikTok dan mengecam semula tindakan pelakon itu sebelum ia dipadamkan.

Menyedari perkara itu, Nabila tampil menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf kepada pemilik akaun berkenaan.

Namun, menerusi beberapa perkongsian di TikTok, Nabila turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan individu tersebut yang memperbesar-besarkan isu berkenaan.

Menurut Nabila, dia akan bersifat lebih terbuka sekiranya individu tersebut tampil meluahkan rasa kurang senangnya itu secara bersendirian atau menerusi hantaran pesanan langsung (Direct Message).

@abilsuhaimi♬ original sound – Nabila Huda

Malah, Nabila turut menyatakan bahawa dirinya tidak berniat untuk mencaci atau mengutuk tindakan individu tersebut yang dilihat mengubah suai resepi nasi gorengnya.

“Saya tak berniat untuk mencaci atau mengutuk masakan awak. Yang buat saya ketawakan adalah, awak menggunakan title nasi goreng viral nabila huda tapi tak ikut resepi yang saya tunjukkan.

“Macam mana awak boleh gunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecil hati.

“Tapi saya hanya geli hati tengok gelagat awak semua yang kreatig masak nasi goreng saya dengan cara masing-masing,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nabila juga kesal apabila individu berkenaan menggunakan namanya untuk dijadikan sebagai content demi meraih simpati dan pengikut yang ramai.

@abilsuhaimiAbil cuba comments kt her story but tak boleh.. too long. Tolong sampai kan pada dia ya maaf saya ni..terima kasih 💕

♬ original sound – Nabila Huda

Terdahulu, Nabila turut dikecam apabila terpalit dengan isu “Panadol Free’ dan hanya menggunakan air halia sebagai inisiatif untuk menghilangkan demamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘Panadol Free’, Air Halia Nabila Huda Dipertikai Netizen – “Masing-Masing Ada Pendapat Sendiri”

 

 

Fatin Nurain