Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari January 3, 2023 @ 4:15pm

Gara-Gara Tidak Tayang Wajah Kekasih, Bad Indigo Didakwa ‘Berkhayal’ – “Saya Tahu Ramai Yang Menghina”

Penyanyi Bad Indigo dituduh berkhayal gara-gara tidak mendedahkan identiti kekasih baharunya di laman sosial oleh segelintir wargamaya.

Tidak endahkan kata warganet, Bad menganggap yang penting adalah keluarga dan kenalan rapatnya mengetahui hal sebenar.

Memetik laporan mStar, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, mempunyai sebab tersendiri kenapa tidak menunjukkan muka kekasihnya itu pada umum.

“Saya tak faham kenapa netizen nak kata kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang menghina saya… dah tua, sakit dan cacat… suruh tak payah bercinta, tak payah susah kan orang. Korang ini kenapa nak kumpul dosa?

“Buat siapa yang kata ilusi itu, ada sebab kenapa saya tak tunjuk muka dia. Saya cuma nak kongsi kepada followers dan kawan-kawan saya.

“Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka. Saya dah lama industri ini, lantaklah orang nak cakap apa pun,” luahnya kepada mStar.

Jelasnya lagi, dia bertindak untuk tidak menayang wajah teman wanitanya atas sebab tidak mahu berlaku perkara yang tidak diingini sehingga menggugat hubungan mereka.

“Belum masanya lagi, takut nanti macam-macam masalah akan timbul. Mana tahu ada orang dengki atau sakit hati.

“Kita sebenarnya pun nak jaga hati pihak sana supaya tidak tertekan dengan perkara-perkara macam ini.

“Tapi saya akan tunjuk sikit demi sikit. Saya rasa tiada keperluan sangat nak tunjuk wajahnya kepada umum,” ujarnya.

Bad juga memaklumkan bahawa dia dan kekasih mempunyai perancangan untuk berkahwin tetapi buat masa ini dia ingin fokus kepada kesihatannya dahulu.

“Umur saya pun dah berapa, tentu saya nak tamatkan zaman solo saya juga. Saya masih mencuba dan tidak tawar hati untuk berkahwin lagi.

“Tapi tahun ini saya nak perbaiki diri saya sendiri, saya nak kuatkan kaki dan berjalan semula, baru saya fikir perkara itu (kahwin),” tutur Bad.

Untuk makluman, Bad pernah berkahwin dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021.

Namun, pasangan tersebut mengumumkan bahawa ikatan perkahwinan mereka telah terlerai pada 23 Jun 2022.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Fri, 9 May 2025
Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Saya Dengan Iqbal Memang Tak Ngam, Selalu Gaduh” – Cik B Tak Setuju DSV Nak Nikah Dengan Bekas PA

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak bersetuju keputusan ibunya yang didakwa bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli. DSV […]

Trending Sat, 29 Jan 2022

Cerita Pengalaman, Siti Nurhaliza Tahan Sebak Depan 5 Selebriti Master In The House Malaysia

Selesai tugasan di Korea bersama Master tersohor K-Pop Idol yang menjadi pujaan ramai iaitu Bam Bam, kini lima selebriti Master In The House Malaysia (MITH) akan diberi tugasan lain bersama Master legenda Malaysia iaitu Datuk […]

Featured Tue, 29 Mar 2022
error: Content is protected !!