Gaya Tudung Dikritik, Netizen Kurang Senang Dengan Penampilan Fiza Halim

Pelakon dan penyanyi, Fiza Halim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video dirinya membeli belah di sebuah butik beg berjenama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fiza kelihatan sedang memilih warna bag yang hendak dibeli sambil mengenakan pakaian dan tudung serba putih.

Menjengah ke ruangan komen, Fiza dikritik netizen gara-gara penampilannya itu.

Susulan itu, ramai yang menegur wanita berusia 42 tahun itu untuk memakai tudung dengan lebih kemas dan menutup aurat dengan sempurna.

“Nampak rambut maaf kalau salah. Dulu akak tengok Fiza pakai kemas je tudung. Fiza pakai tudung betul-betul lagi cantik. Ayu sangat-sangat wajahmu. Pakai tudung mcm ni dah tak nampak ayu. Please pakai elok-elok balik.

“Nampak gaya macam tak lama terbang tudung. Slow-slow nk buka tudung dah rasanya tu, rimas musim panas kot,” komen netizen.

Nurul Hana