Pelakon dan pengacara, Mira Filzah akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya kepada umum pagi ini.Ā 

Mira dan suami tercinta, Wan Emir Astar memuat naik perkongsian sama di Instagram milik mereka memaparkan foto keluarga dengan wajah Wan Khair Amir tersenyum riang.Ā 

Menerusi ruang kapsyen, pasangan bahagia ini menitipkan pesan kepada anaknya agar membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.Ā 

ā€œDengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,ā€ katanya.Ā 

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti turut mendoakan perkara sama serta teruja melihat wajah comel Amir yang saling tidak tumpah manis seperti Mira dan Emir.Ā 

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan dikurniakan putera sulung tercinta pada 10 Mei 2022.Ā 

Aqilah Paharuzi