Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 2, 2022 @ 11:37am

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah akhirnya mendedahkan wajah putera sulungnya kepada umum pagi ini. 

Mira dan suami tercinta, Wan Emir Astar memuat naik perkongsian sama di Instagram milik mereka memaparkan foto keluarga dengan wajah Wan Khair Amir tersenyum riang. 

Menerusi ruang kapsyen, pasangan bahagia ini menitipkan pesan kepada anaknya agar membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh. 

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa & Mama dan semua mendoakan moga @wankhairamir menjadi anak yang soleh, dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa, dan Tanah Air. Papa & Mama sayang anak Papa Mama Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” katanya. 

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti turut mendoakan perkara sama serta teruja melihat wajah comel Amir yang saling tidak tumpah manis seperti Mira dan Emir. 

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 dan hasil perkahwinan dikurniakan putera sulung tercinta pada 10 Mei 2022. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 Apr 2025
TECH Mon, 10 Dec 2018

Cara Bersihkan Jack Audio yang Tersumbat

Pernahkah anda mengalami gangguan dalam bicu audio pada telefon pintar kegemaran anda? Jika ya, anda boleh mencuba petua berikut dan menggunakannya.

Trending Mon, 12 Mar 2018

Terlalu Sebak, Ziana Zain Menangis Ketika Persembahan

Penyanyi terkenal, Ziana Zain tidak mampu menahan air mata ketika menanyikan lagu popularnya, Puncak Kasih pada Malam Anugerah Mood Republik di Hotel JW Marriot semalam. Ziana tidak mampu meneruskan nyanyian dan hanya membiarkan muzik berlalu begitu sahaja. Walaupun begitu, penonton yang menyaksikan persembahan tersebut tetap memberi kata-kata semangat dan join menyanyi sekali. 

Trending Tue, 10 Sep 2019

You Get Haze! You Get Haze! Everyone Gets Haze!

Malaysia has only got four seasons; raya, monsoon, durian and HAZE!

Featured Fri, 7 Nov 2025

Ummi Nazeera Bawa Watak Penyondol, Anggap Karakter ‘Maira’ Menakutkan – “Ia Terlalu Ekstrem & Berat”

Ummi Nazeera mengakui watak yang dibawanya dalam drama terbaharu berjudul Saat Aku Tahu.

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Siti Alami Kehilangan Banyak Darah!

‘Seharian saya berada di wad bersalin di bawah pengawasan doktor sebelum dipindahkan ke wad biasa.” – Siti Nurhaliza

error: Content is protected !!