Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain December 6, 2023 @ 12:29pm

Kerap Fikir Soal Mati, Nora Danish Diserang Anxiety – “Mungkin Disebabkan Faktor Usia…”

Pelakon Nora Danish mendedahkan dirinya mempunyai masalah gangguan kebimbangan atau anxiety attack yang dipercayai kesan daripada pandemik COVID-19 dan faktor usia.

Menurut Nora, dia lebih kerap memikir soal kematian namun masih boleh mengawal keresahan tersebut dengan baik.

Biarpun berdepan serangan gangguan kebimbangan (anxiety attack), aktres Nora Danish, 40, masih boleh mengawal keresahan dihadapinya.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata, masalah gangguan kebimbangan dihadapi mungkin kesan daripada pandemik COVID-19 dan pada masa sama, usia kini menjangkau 40 tahun.

“Saya baru menghadapi serangan gangguan kebimbangan, baru-baru ini. Mungkin juga disebabkan faktor usia, saya lebih memikirkan soal kematian.

“Hinggakan menaiki kapal terbang, saya terfikir mengenai kematian. Bayangkan, saya jadi takut dan fikir akan mati apabila serangan gangguan ini.

“Perasaan resah hingga tahap saya menghubungi emak untuk menjaga anak-anak dan keluarga, selain buat wasiat mengenai harta yang ditinggalkan,” katanya.

Memetik laporan BH Online, pelakon yang terkenal menerusi drama Puteri itu cuba mengatasi masalah tersebut dengan membaca bahan bacaan positif.

“Saya tidaklah menjalani rawatan spesifik, tetapi saya lebih banyak membaca mengenai motivasi dan bagaimana menangani masalah gangguan kebimbangan.

“Saya, seorang yang sangat emosional dan sensitif. Dua sifat ini boleh membuatkan saya banyak berfikir.

“Sebenarnya ‘overthinking’ ini membawa kepada keburukan, tetapi saya sifatkan ia sebagai ‘superpower’.

“Saya berharap sifat banyak berfikir ini tidak menyakiti orang lain. Contohnya, suami balik lewat malam dan mula fikir apa yang dilakukan. Perkara ini boleh menyakiti hati suami dan meruntuhkan rumah tangga.

“Jadi, saya cuba fikir positif dan menelefon suami bertanya mahu makan apa dan sebagainya. Tindakan ini membolehkan saya lebih menghargai orang sekeliling. Kena pandai tukar sudut pandang kepada perkara positif,” katanya.

Bagaimana pun, Nora menafikan anxiety attack yang dialaminya itu bukanlah daripada komen netizen di media sosial.

“Tekanan dihadapi bukan dari komen diterima. Saya percaya manusia dalam dunia tidak semuanya sukakan saya.

“Saya ambil sebagai cabaran untuk memperbaiki diri. Namun, sesetengah orang tidak boleh terima dan merasakan ia sebagai fitnah sehingga menimbulkan tekanan,” katanya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Mar 2026

Dilabel Masih Belum ‘Move On’, Boss Ned Mengaku Sentiasa Lindungi Nora Danish – “Will Have Your Back Always Mommy”

Bekas suami kepada pelakon jelita, Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan Boss Ned tampil membalas kenyataan Nora selepas aktres itu mempertahankannya daripada terus dilabel sebagai belum ‘move on’ daripada perkahwinan mereka.

Featured Sat, 29 Jun 2024

“Dulu Tak Ada Masa Nak Rileks” – Caprice Dedah Pernah Bergantung Pada Ubat Tidur, Hidup Berubah Selepas Ada Anak

Wow, betullah tu bila orang kata anak adalah segala-galanya bagi parents😍🥰

Featured Tue, 23 Nov 2021

Cool! Peminat Hanya Duduk Dalam Kereta, Ariel Noah Berkasut Roda Sambil Menyanyi Di Konsert Drive-In

Peminat kumpulan Noah akhirnya dapat menonton persembahan dari kumpulan itu secara langsung di JIExpo Kemayoran, Jakarta dengan hanya duduk di dalam kereta pada Sabtu yang lalu. Konsert yang diberi nama Danamon New Live Experience Vol. […]

Trending Thu, 23 Mar 2023

Kurangkan Berlakon Pada Bulan Ramadan, Nadhir Nasar Mahu Fokus Ibadah – Kerja Tu Bila-Bila Boleh Buat”

Pelakon dan model, Nadhir Nasar mengaku sepanjang bulan Ramadan ini, dia akan memperlahankan karier lakonannya demi memberi fokus terhadap ibadah yang harus dilakukannya sebagai seorang muslim. Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, […]

error: Content is protected !!