Selepas 2 Tahun Menyepi, DeFam Buat Comeback Dengan Lagu Berubah

Kumpulan wanita De Fam tampil membuat kemunculan semula menerusi lagu baharu mereka yang berjudul Berubah selepas dua tahun menyepi.

Lagu yang diterbitkan oleh label hiburan terkenal, Faithful Music itu sekali gus berjaya mengubati kerinduan peminatnya yang menantikan lagu baharu mereka selepas kemunculan single Panas, dua tahun lalu.

Malah, muzik video lagu tersebut juga telah menerima 36,000 tontonan dan 3,400 ‘likes’ di YouTube selepas dikongsikan secara rasmi, semalam.

Hasil tinjauan di ruangan komen, kemunculan kumpulan yang pernah terkenal dengan lagu Supergirls itu juga menerima pelbagai reaksi yang positif dari peminatnya.

Lirik lagu Berubah ini juga ditulis oleh Faizal Tahir, Sophia Liana dan Mage.

 

 

Fatin Nurain