‘GF’ Aliff Aziz Akhirnya Buka Mulut

Kecoh di laman sosial apabila penyanyi Aliff Aziz memuat naik gambar bersama seorang wanita cantik di Instagramnya, semalam.

Maka ramai netizen yang memperkatakan dan bertanya sama ada wanita itu merupakan kekasih baharu Aliff.

Menerusi sebuah komen, wanita dikenali sebagai Tikashkh, dia memberitahu bahawa Aliff merupakan sepupunya.

Sambil menjawab komen seorang netizen yang menasihatkannya agar menjaga diri ketika keluar bersama Aliff, wanita ini menjawab, “Sis I lagi risau kalau orang salah anggap sis. I dengan dia sepupu sis. Jangan risau sangat ya sis. I love you too thank you,”jawabnya.

Sebilangan besar pengikut Aliff meneka gadis itu merupakan kekasihnya, rupa-rupanya bukan ya wak!

 

Haa tu lain kali jangan terus buat andaian yer…

SGMS Enal