Hiburan By: Salma Syahbuddin March 27, 2019 @ 5:21pm

GFriends Bakal Datang Ke Malaysia Untuk Konsert Asia Tour Pada Jun Ini!

Mungkin nama kumpulan yang berasal dari Korea ini masih baru dikalangan peminat tegar Kpop di Malaysia. Tetapi kumpulan yang dianggotai oleh 6 orang gadis cantik ini sebenarnya sudah berada dalam industri muzik Korea selama 5 tahun. Wow!

Malah kesemua album GFriend diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ dan pernah memenangi anugerah ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ 2015 di Anugerah Muzik Melon.

Justeru itu, kumpulan ini bakal menghangatkan Malaysia buat pertama kalinya sempena GFriend Asia Tour (Go Go GFriend) di Kuala Lumpur.

Mereka turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul. Sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’
2018 di Anugerah Muzik Melon.

Lagu berjudul ‘Me Gustas Tu’ dari mini album kedua GFRIEND telah berjaya mencapai 100 juta penstriman dalam carta Gaon pada tahun 2016. Malah satu lagi lagu hit mereka, ‘Rough’ turut menduduki tempat pertama dalam carta platform muzik digital bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2016. Jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian dari konsert jelajah mereka okay!

Nah, ini senarai harga bagi setiap pembelian tiket untuk konsert jelajah Asia GFriend di Malaysia nanti, check it out!

Korang juga boleh dapatkan tiket GFriends di Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.

Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP). Menariknya, zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada Fans. Fans yang membeli tiket bagi mana-mana zon dari portal tiket rasmi kami dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Jul 2022
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Pengacara Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia awal pagi ini. Salam takziah dari kami di Xtra untuk seluruh keluarga Allahyarham…Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

‘ Sumpah Rasa Nak Cepuk Je…’- Nabila Huda Bengang Dengan Siapa Tu?

“Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah.

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Bahanordin Deraman…

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

‘Saya Masih Tunggu’-Eizlan Yusof

Eizlan mengadakan sidang media tergempar bagi menuntut permohonan maaf daripada PDRM

Hiburan Thu, 25 May 2023

Meer Nash Cipta ‘Permata’ Buat Peminat

Meer Nash Tampil Lagu Baru!

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

| Live TV

error: Content is protected !!