Hiburan By: Khairil Khusyairi November 29, 2023 @ 7:19pm

“Dulu Saya Pernah Terdetik Nak Masuk Tentera, Tetapi…” – Aaron Aziz

Aktor kacak, Datuk Aaron Aziz berpendapat program Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu memberi manfaat kepada golongan muda.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Aaron berkata, dengan adanya PLKN, anak muda kini dapat mempelajari teknik-teknik mempertahankan diri sekiranya berlaku peperangan.

“Anak muda jangan takut sertai PLKN. Sedikit sebanyak melalui program seperti itu, ia akan dapat ubah moral yang baik, membolehkan anda memperbaiki diri dan membentuk jati diri.

“Ia juga satu platform untuk anda belajar untuk menerima arahan. Ambillah ia sebagai satu tanggungjawab kepada negara, sebab itulah ia dinamakan program khidmat negara.

“Sekurang-kurangnya anak muda belajar teknik pertahanan diri.

“Misal kata terjadi perang di Malaysia, sekurang-kurangnya anak muda kita tahu macam mana nak kendalikan senjata, teknik pertahanan diri dan sebagainya dengan cara yang betul,” katanya.

Kongsi pelakon filem aksi popular, KL Gangster ini lagi, dia juga pernah menyertai program khidmat negara di negara kelahirannya, Singapura sekitar tahun 1993.

“Di Singapura, sesiapa yang terlibat tidak boleh memilih nak masuk bahagian mana, sama ada polis, pertahanan awam atau tentera. Saya ditempatkan bersama pasukan polis waktu itu.

“Dulu, saya pernah terdetik nak masuk tentera selepas tamat program. Tetapi akhirnya kerjaya saya dalam bidang seni.

“Tak apalah, dapat berlakon melakukan aksi pertahanan diri pun kira okey juga,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan memaklumkan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak akan dilaksanakan pada 2024, sebaliknya ia dijangka bermula semula pada 2025.

Dalam kenyataan berasingan, turut memaklumkan hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani PLKN sekiranya program itu dilaksanakan semula.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Feb 2019

Happy Meal Readers Programme to Instil Family Togetherness Through Reading

Fun reading while filling up the hungry tummies!

Featured Fri, 19 Aug 2022

Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ramai Bangga Syamsul Yusof Terima Lamaran Pembikinan Filem Epik Cecah Ratus Juta Ringgit

Fuhhh, tak sabar rasanya nak tengok hasil mantap Syamsul Yusof buat filem epik sejarah Melaka! Alhamdulillah rezeki buat keluarga tersayang kann 🤩☺️☺️

Hiburan Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Tue, 17 Sep 2019

Jessica Jung Akan Keluar Single Terbaru Oktober Ini!

Siapa peminat Jessica Jung kat sini?

Featured Thu, 11 Jul 2024
Trending Sun, 14 Apr 2019

Dua Helikopter Bertembung Dekat Gunung Everest

“Pesawat itu jatuh ke arah helikopter ketika berlepas dan bertembung dengan dua helikopter.”