Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 6, 2023 @ 5:08pm

PU Syed Pertikai Filem ‘Mat Tudung Begins’ Arahan Fizz Fairuz – “Tak Ada Idea Lebih Baik? Lelaki Menyerupai Wanita Dilarang…”

Baru-baru ini, pendakwah bebas sensasi, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur pelakon Datuk Fizz Fairuz yang bakal mengelurkan filem arahannya berjudul ‘Mat Tudung Begins ‘ pada Ogos.

PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak meninggalkan komen di poster filem tersebut yang dimuat naik oleh Fizz di Instagram miliknya.

Menerusi komen tersebut, PU Syed mempertikaikan tentang filem komedi tersebut yang secara terangan melakukan perkara dilarang dalam agama iaitu lelaki berpakaian seperti wanita.

“Kenapa perkara dilarang agama juga dibuat datuk? Menyerupai wanita adalah dilarang agama.walau sekadar lakonan atau lawak jenaka,” tulisnya di hantaran tersebut.

Meskipun komen tersebut tidak diendahkan oleh Fizz, PU Syed mengambil pendekatan seterusnya dengan memberi teguran secara terbuka berdasarkan muat naik di Instagram.

Berdasarkan hantaran itu, PU Syed berkongsi sebuah petikan hadis daripada HR IMam Al Bukhari yang menjelaskan larangan bagi seorang lelaki untuk berpakaian menyerupai wanita.

Dalam masa yang sama, PU Syed berhadap agar pihak berwajib dapat menyelesaikan isu tersebut.

“Larangan bagi seorang lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya ada di dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah. Sabda Baginda: Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki. – [HR Imam al Bukhari 5435].

“Kenapakah sutradara-sutradara di Malaysia ini tiada daya idea yg lebih baik ketika membuat filem atau drama terutama sekali dengan membuat sesuatu yg patuh syariah dan tidak melanggar syariat..?

“Harapnya kepada pihak berwajib untuk melihat isu² berbangkit ini agar kita tidak mempromosikan sesuatu yg bercanggah dengan agama dan kenormalan seorang manusia,” katanya.

Bagaimanpun, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak Fizz Fairuz sendiri berhubung filem komedi arahannya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Nov 2019

Tidak Mengejar Glamor, Izara Lebih Menghargai Privasi

Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Dewi Remaja tahun 2009/2010 telah memperkenalkan pelakon, Izara Aishah ke dunia lakonan. Aktif dalam dunia seni sejak 2011, Izara sering menjadi pilihan pengarah bagi drama-drama, telefilem dan juga filem kerana […]

Trending Tue, 10 Nov 2020
Trending Thu, 21 Mar 2019

Mohd Haziq Mohd Tarmizi Disahkan Meninggal Dunia

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham

Drama Thu, 28 May 2026

Adi Putra & Zara Zya Uji Kesetiaan Dalam ‘Luka Di Hujung Setia’

Drama bersiri Luka Di Hujung Setia bakal mengisi slot Akasia TV3 mulai 2 Jun depan dengan membawa kisah penuh emosi tentang pengorbanan, kesunyian dan keretakan rumah tangga yang hadir tanpa disedari.

Trending Mon, 27 Jun 2022
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Aiman Tino Kini Pengarah Urusan. Ini Buktinya!

Aiman tidak melihat isu ini sebagai salah satu halangan untuk mengemudi syarikatnya yang diberi nama Manno Resources Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak 19 Disember lalu

error: Content is protected !!