Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 21, 2023 @ 1:14pm

Ada Isu Lafaz Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi – Nurul Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 Mei bagi sebutan semula kes cerai pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Timbul isu baharu apabila Shuhada mendakwa pelakon Tundukkan Playboy Itu ada melafazkan cerai lebih awal melalui mesej di aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Selepas peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut, hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh 9 Mei.

“Kami baru terima semalam salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Namun pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu pihak kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntuan balas itu,” kata Akberdin.

@xtra_my Saya cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang baik, tapi mungkin tidak menepati ciri Yang dia ingin kan” – Nurul Shuhada #fyp #xtramy #nurulshuhada #poligami #cerai #hafidzroshdi #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Selain Akberdin, Hafidz turut diwakili peguam syarie Ummi Kartini Abd. Latiff.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Shuhada, Nurfarhana Abd. Manaf mengesahkan pihaknya telah memfailakan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.

“Lafaz cerai pertama pada 22 Januari secara WhatsApps. Kami tiada bantahan sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,” kata peguam syarie itu.

Sepatutnya, hari ini merupakan pengesahan lafaz cerai namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu behubung isu cerai itu.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

@xtra_my Berdasarkan undang-undang hukum syarak, kita kena sahkan dulu apa-apa lafaz perceraian Yang pernah ada sepanjang tempoh perkahwinan – Peguam #fyp #xtramy #hafidzroshdi #kes #sebutan #cerai #nurulshuhada #sembangentertainment #beritaditiktok ♬ original sound – XTRA

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon.

Untuk rekod, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi , 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Pelakon ‘Tundukkan Playboy itu” membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 17 Apr 2023
Featured Thu, 18 Jan 2018

Intai Diet Selebriti

Pernah terfikir bagaimana cara golongan selebriti mengekalkan bentuk badan menarik? Jom semak fakta berikut. Fazura – Amal Minum Teh Hijau Pelakon jelita, Fazura punya cara tersendiri untuk tampil menawan. Selain  menjaga pemakanan dengan mengambil makanan […]

Trending Wed, 25 Apr 2018

Pesanan Romantis Di InstaStory, Bukti Mira Filzah Dan Zizan Razak Dilamun Cinta

Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

Drama Thu, 12 Mar 2020

Amelia Henderson Derita Dalam “Rindu Yang Terindah” ?

Antara kasih dan benci, dapatkah Airis bertahan dalam perkahwinannya?

Featured Tue, 20 Sep 2022

Kecomelan Wajah Anak Dipuji, Netizen Minta Elfira Loy Hamil Lagi

Manisnya senyuman Baby Aria niii 🥰 Mummy Daddy dia pun cantik & segak kann heheee

Featured Thu, 6 Nov 2025

Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

Zara Zya menegur segelintir netizen yang gemar menjodoh-jodohkan orang lain tanpa usul periksa di media sosial.

Featured Fri, 7 Apr 2023

[VIDEO] Impian Fuad Rahman Timang Cahaya Mata Tak Kesampaian, Tom Keguguran Di Usia Kandungan 3 Minggu

Allahuakbar… Insya-Allah ada rezeki lain. Sabar ya Tom dan Fuad ❤️

error: Content is protected !!