Giliran ‘Swan Lake’ Ke Kuala Lumpur, Jom Ke Istana Budaya Bermula 26-28 Julai!

Bermula 26-28 Julai 2019 ini, Shiraz Projects membawakan teater Swan Lake bersama bintang St Petersburg Ballet Theatre ke pentas Istana Budaya.

Menurut Produser Eksekutif, Shirazdeen Karim, beliau berbesar hati dapat bekerjasama membawakan pementasan teater Swan Lake bersama dengan St Petersburg Ballet Theatre yang cukup terkenal di mata dunia.

“ Selepas mendapat perhatian dunia di mana penjualan tiket cukup laku di London, Paris, Sydney dan Singapura, kami berharap dapat menarik penonton di Malaysia.

“ Ini merupakan kemunculan sulung Swan Lake di Kuala Lumpur selepas ia pertama kali dipentaskan di St Petersburg pada 1895. Sudah tentu pementasan ini akan terus diingati sehingga bila-bila,” katanya.

St Petersburg Ballet Theathre menampilkan penari balet utama iaitu, Irina Kolesnikova yang cukup terkenal dalam pementasan karya agung antaranya Giselle, Don Quixote, La Bayadere, Romeo & Juliette dan Sleeping Beauty sebelum ini.

Syarikat popular ini menerima sambutan tinggi dengan mengadakan 250 persembahan setiap tahun.

Pembelian tiket boleh dilakukan di www.myticket.asia bermula hari ini.

SGMS Faida