‘Hairan Raihan Bila Jumpa Jihan’- Netizen Puji Nyanyian Bersahaja Raihan, Jihan

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan nasyid popular, Raihan kan? Kumpulan lagenda yang mengangkat irama nasyid ini pernah mencetuskan fenomena pada tahun 90-an malah masih kekal diminati sehingga kini.

Baru-baru ini, kumpulan Raihan teruja dapat berjumpa dengan salah seorang selebriti terkenal, Jihan Muse yang merupakan peminat kumpulan ini sejak kecil.

“ Hairan Raihan bila jumpa Jihan. Cantik Jihan Muse ni bila jumpa live. Tak tahu kat mana kelakornya.

“ Jihan kata dia pergi panggung wajah dengan ayah dia masa kecil-kecil dulu tengok filem Syukur 21,” tulis kumpulan itu di laman Instagram.

Raihan yang dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim turut memuatnaik sebuah video nyanyian lagu Puji-Pujian bersama Jihan. 

Rata-rata komen diterima, sebilangan besar pengikut Raihan memuji kolaborasi spontan dua nama besar tanah air ini. Agak-agaknya, selepas Aliff Satar, mungkin ada single terbaharu dari Raihan dan Jihan? Manalah tahu kan…

SGMS Faida