Ladies, Jangan Patah Hati…Justin Bieber Umum Dah Beristeri

Akhirnya, penyanyi pop terkenal dunia, Justin Bieber mengumumkan dia sudah berkahwin dengan model Hailey Baldwin.

Hanya dengan sepotong ayat ringkas di kapsyen Instagramnya, maka terjawablah segala spekulasi mengenainya selama ini.

“ Isteri saya seorang yang hebat,” tulis Bieber di sekeping gambar yang dimuatnaik, semalam.

Gambar yang memperlihatkan dia sedang memimpin tangan isterinya itu turut mendapat lebih 6 juta tanda suka.

Gosip perkahwinan mereka mula tersebar luas sejak September lalu apabila beliau dilaporkan sudah memperoleh lesen perkahwinan.

Namun kedua selebriti ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kepada pihak media, sebelum ini.

Baldwin merupakan anak perempuan pelakon, Stephen Baldwin juga dilaporkan sudah menukar namanya di Instragram kepada Hailey Bieber. 

SGMS Faida