Gosip Bakal Terima Menantu Baru Tular, Ini Respons Ibu Hafidz Roshdi

Susulan dakwaan yang mengatakan pelakon Hafidz Roshdi bakal menamatkan zaman dudanya bersama kekasih hati, Athirah Yuhada tular, ibunya, Haniza Mohd Jabar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Katanya, dia memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut mengenai berita perkahwinan anaknya yang dijadualkan bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Namun, memetik laporan OhBulan! ketika diajukan soalan sama ada berita tersebut benar dan dia bakal menerima Athira Yuhada sebagai menantu, ibu kepada aktor itu hanya mampu meluahkan rasa syukur.

“Alhamdulillah. Minta maaf sangat, saya tak boleh komen lanjut mengenai perkara itu,” katanya ringkas.

Terdahulu, berita mengenai perkahwinan Hafidz dan Athira mula menjadi bualan hangat netizen selepas kad undangan yang tertera nama beserta masa, lokasi dan tarikh majlis perkahwinan tular di media sosial.

Bahkan, menerusi laporan XTRA sebelum ini, Hafidz juga tidak menafikan dan memaklumkan akan berkongsi mengenai perkara itu apabila tiba m asa yang sesuai.

“Tunggu sahaja nanti. Saya akan kongsikan kepada semua,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 16 Disember, Hafidz Roshdi Tampil Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 6 Bulan Bercerai, Hafidz Roshdi Bakal Berkahwin Dengan Athira Yuhada Sabtu Ini?

 

Sumber: OhBulan!

Salma Syahbuddin