Gosip Rumah Tangga Goyah, Suami Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan…

Baru-baru ini, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah berkongsi sebuah status mengenai keputusannya untuk tidak lagi memuat naik gambar bersama suami, Engku Emran.

Susulan status itu dimuatnaik, warganet membayangkan rumah tangga pelakon cantik ini sedang dilanda masalah. 

Menerusi Instagram Storiesnya, Bella menulis, “Insya-Allah, ini muat naik terakhir dengan suami. Wanita zaman sekarang suka yang kita punya.

“Kalau memang mahu, minta kepada Allah ya kakak, makcik dan adik,” katanya.

Bagaimanapun, status yang dikongsi itu dipadam tidak lama kemudian.

Keputusan Bella itu nampaknya menerima reaksi yang pelbagai baik dari media dan warganet.

Namun begitu, baru-baru ini suaminya, Engku Emran telah memuatnaik sekeping foto dia dan isteri sekaligus memberi bayangan rumah tangga mereka di dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Di dalam foto yang dimuatnaik pada malam 3 Oktober lalu, Engku Emran memeluk isterinya di hadapan menara berkembar Petronas (KLCC). 

“Go low to get higher. We overlooked the closing date of registration for Garmin Marathon 2009. Will you still accept us for the 10 km event?” tulis Engku Emran.

Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017.

Semoga pasangan ini terus bahagia sampai bila-bila. Amin! 

SGMS Faida