Categories: Oh LawaSihat

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Kulit kayu manis adalah antara rempah ratus yang sering digunakan dalam pelbagai masakan Melayu dan ia juga lazim disebut sebagai rempah tiga beradik, dirangkaikan dengan bunga lawang dan buah pelaga, namun disebalik keistimewaannya sebagai bahan pening dalam masakan.

Selain iu, kulit kayu manis juga turu digunakan dalam sesetengah resipi kek oleh masyarakat Barat selain ia dijadikan bahan asas dalam pembuatan teh rempah yang kebiasaannya diminum pada musim sejuk oleh masyarakat di sana.

Bagaimanapun tahukah anda kulit kayu manis juga mempunyai manfaat mengujakan untuk kulit serta berkesan bagi membantu dalam mengurangkan berat badan.

Kulit kayu manis mempunyai kandungan antioksida dan anti-kulat yang dapat membantu mencantikkan kulit anda. Antara manfaat kulit kayu manis untuk kulit anda adalah: 

Menjadikan kulit lebih cerah

Foto: profhariz.com

Disebabkan terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu lama dan pencemaran yang ada, kulit akan kelihatan kusam dan gelap. Oleh itu, kulit kayu manis boleh dijadikan pupur untuk menjadikan kulit kelihatan cerah. 

Caranya mudah sahaja, gunakan beberapa bahan iaitu serbuk kulit kayu manis, dadih, pisang dan jus lemon yang digaul hingga rata. Selepas itu, sapukan ke seluruh muka dan tunggu hingga kering, kemudian basuh muka sehingga bersih. 

Memudarkan garis halus pada wajah

Foto: honestdocs.id

Usia yang semakin meningkat menyebabkan timbulnya garis-garis halus pada wajah, namun faktor lain juga mempengaruhi kemunculan garis berkenaan pada wajah. Wajah akan kelihatan lebih awet muda tanpa garis halus pada muka.

Caranya dengan hanya mencampurkan serbuk kulit kayu manis dan minyak zaitun lalu sapukan pada wajah dengan konsisten untuk mendapatkan kesan yang maksimum. 

Memudarkan parut jerawat

Bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah parut jerawat di muka pasti membuat seseorang hilang keyakinan. Gunakan sahaja cara tradisional bagi merawat masalah tersebut. Caranya dengan mengambil satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis dicampur dengan madu. Lalu ratakan ke seluruh bahagian parut jerawat tersebut. 

Melegakan kulit kering

Foto: velvybeauty.com

Kulit kayu manis dapat membantu dalam membuang sel-sel kulit mati dan mengembalikan kelembapan kulit anda. Ia boleh dimanfaatkan sebagai pupur.

Caranya dengan mencampurkan serbuk kulit kayu manis, madu, garam, minyak zaitun dan gosokkan dengan perlahan secara membulat selama dua minit dan basuh hingga bersih. 

Rasai kulit wajah anda selepas menggunakan pupur daripada kulit kayu manis itu, pasti ada perubahan.

tex_admin