“Gua Jumpa, Gua Mesti Rembat Lu! – Joe Flizzow Larang Lelaki Pakai Sneakers Dengan Baju Melayu

Baru-baru ini tular sebuah video di Instagram yang memaparkan seorang penyanyi rap terkenal Joe Flizzow memberi pesanan khas kepada para lelaki di luar sana untuk tidak menggayakan sneakers dengan baju Melayu ketika menyambut lebaran.

Melalui video yang dikongsi oleh akaun Instagram @sneakerlah, Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, 43, mengatakan bahawa memakai baju Melayu bersama sneakers tidak sesuai bagi orang dewasa yang berumur 21 tahun ke atas kerana pemakaian tersebut lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Menurut Joe atau gelarannya Mr. President, penampilan yang seeloknya untuk lelaki dewasa yang sudah matang adalah memakai kasut atau capal untuk dipadankan dengan baju Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.

“Selamat Hari Raya semua. Ini adalah pesanan untuk semua yang berumur 21 tahun ke atas. Kalau anda memakai full set baju Melayu iaitu songkok, baju kancing, sampin… tolong jangan pakai sneakers.

“Tolonglah jangan pakai dengan Jordan, Yeezy atau apa-apa. Please please.

“Itu untuk budak-budak kecik, kalau dah tua tolong pakai kasut, sepatu atau capal yang elok. Kalau tidak gua jumpa, gua mesti rembat lu!” ujarnya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir warganet bersetuju dengan video tersebut dan meninggalkan komen yang menunjukkan sokongan terhadap pesanan Joe itu.

Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet yang tidak berpuas hati dan tidak bersetuju dengan video pesanan tersebut.

Video yang berdurasi 50 saat itu telah dikongsi pada dua hari lepas dan kini meraih lebih 220,000 tontonan di Instagram.

Atiqah Johari