Categories: Trending

Ramlah Ram Tak Setuju Lagu Raya Disuntik Elemen Modern Secara Keterlaluan

Penyanyi Ramlah Ram kurang bersetuju dengan kehadiran lagu-lagu raya yang disuntik elemen moden secara keterlaluan.

Dia turut tidak bersetuju jika ada yang menganggap penghasilan muzik hanya untuk tujuan tular semata-mata.

“Karya muzik yang dihasilkan itu biarlah boleh diterima akal.

“Mungkin akan ada yang menganggap ia adalah karya yang bertujuan untuk tular semata-mata.

“Kalau boleh diterima akal, okay. Kalau saya secara peribadi, saya tak setuju kalau lagu Aidilfitri nak dimodenkan sangat dan keterlaluan.

“Tapi bergantung selera masing-masing. Macam saya, saya lebih sukakan lagu elemen tradisional yang boleh buat ramai mengimbau kenangan bila dengar,” katanya.

Selain itu, penyanyi ini turut berpendapat dia tidak mahu industri seni diracuni oleh karya dan individu sebegini.

“Contohnya kalau orang yang nak menyanyi, biarlah dia boleh menyanyi dan janganlah semudah itu nak jadi penyanyi.

“Kita yang cintakan muzik tak mahu diracuni dan dirosakkan oleh benda sebegini.

“Bukan lagu Aidilfitri sahaja, bahkan lagu-lagu lain juga. Tapi, siapalah saya nak tegakkan pendapat saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Ramlah tampil dengan single terbaharu sempena Syawal berjudul Kemenangan, ciptaan Mohar serta liriknya pula hasil nukilan Ismi Rusli dan Ramlah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Tak Keluarkan Single Raya, Ramlah Ram Luah Rasa Gusar

Sumber: Gempak

Fatin Nurain