“Habiskan RM8 Juta, Duit Allah Bagi Dia Tak Habis”- PU Amin Label Penerbit #MatKilau Sebagai Jutawan Ummah

Deman filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof nampaknya masih hangat diperkatakan.

Selain jumlah kutipan tertinggi yang diperolehi, filem ini juga sekaligus mampu membuka mata penonton dan peminat filem tempatan terhadap kemampuan pengarah dan juga barisan para pelakonnya.

Bagaimanapun, disebalik keghairahan menonton filem, mungkin ramai yang tidak menyedari siapakah gerangan ‘tulang belakang’ yang turut sama menjayakan filem ini secara tidak langsung.

Berdasarkan hantaran di Instagram milik pendakwah bebas, PU Amin, beliau dilihat berkongsi mengenai figura yang sanggup membelanjakan duitnya sebanyak RM 8 juta dalam penerbitan filem Mat Kilau.

Figura yang dimaksudkan itu adalah, Haji Abdul Rahman Mat Dali.

“Korang kena kenal orang ni. Ni dia… Hj Abdul Rahman Mat Dali. Jutawan ummah. Orang kaya yang habiskan RM8 juta untuk buat filem dakwah patriotik,” tulisnya.

Menurut PU Amin, tindakan penerbit filem Mat Kilau ini bukan sahaja berperanan dalam menyuntik rasa cinta dan sayang pada agama, tanah air tetapi juga bangsa.

Justeru itu, beliau berharap agar lebih ramai lagi orang kaya yang bijak berani dan hebat seperti beliau.

” Duit Allah bagi dia tak habis….Dia guna pula untuk suntik rasa cinta dan sayang pada agama , bangsa dan tanah air. Bagi aku kita bukan taksub pada Melayu, tapi tanpa maruah bangsa kita akan dipijak dan hina.

“Dan aku berpesan, kita ada ramai orang kaya yang boleh dijadikan contoh dek baik akhlak dan iman nya, mengapa sampai hari ni, kita masih bagi ruang dan peluang kepada orang kaya yang selalu merosak kan minda anak anak kita itu kehadapan ? Fikir kan lah sahabat. Contohilah jutawan penerbit Mat Kilau ini,” katanya.

Selain itu, PU Amin juga berpesan agar jutawan diluar sana berhenti dari melakukan ‘content’ murahan yang boleh mencemarkan maruah diri sendiri semata-mata demi populariti.

“Pada jutawan dan orang orang yang rasa diri tu kaya, berhentilah buat content dan aksi yang mencemarkan maruah anda, kerana itu akan lebih memiskinkan diri anda. Gunalah duit untuk masa depan anak bangsa. Bukan Kaya lalu merosak keturunan kita,” jelasnya.

 

 

 

Sumber: Instagram, Facebook

Salma Syahbuddin