Hiburan By: Salma Syahbuddin April 9, 2019 @ 12:10pm

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Selepas mengukir kejayaan kali kedua menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL33) menerusi lagu ‘Haram’ duet bersama Dayang Nurfaizah, penyanyi sensasi Hael Husaini nyata tidak menunggu lama untuk menghasilkan buah tangan terbaru untuk para peminatnya. Kini Hael meneruskan langkah cemerlangnya dalam industri muzik Malaysia dengan melancarkan single terbaru yang berjudul ‘Hari Ini’.

Bagaikan isi dengan kuku, Hael Husaini dan Ezra Kong ibarat irama yang bersatu dengan lagu. Single ‘Hari Ini’ turut menyaksikan gabungan idea magis dari dua komposer terkenal ini.

Lagu yang berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang mengharungi kehidupan rumahtangga dan pada masa yang sama isterinya mengalami penyakit kanser. Manakala, suaminya pula berusaha untuk merealisasikan setiap permintaan isteri tercinta yang sedang bertarung dengan penyakit kanser itu.

Menurut, Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros berkata, beliau yakin dengan lagu terbaru Hael ini kerana, lagu-lagu hasil ciptaan gabungan Hael dan Ezra Kong ternyata tidak pernah menghampakan.

Hael Husaini dan Ezra Kong sering tampil dengan idea baru. Lagu-lagu yang mereka hasilkan bersama setakat hari ini belum pernah mengecewakan. Oleh itu saya sangat yakin dengan single terbaru Hael ini pasti akan di terima ramai khususnya peminat fanatik beliau. Rangka promosi untuk lagu ini telah disusun dengan baik oleh pihak pengurusan dan diharapkan lagu ini dapat membawa Hael Husaini lebih jauh mungkin ke peringkat antarabangsa,” Katanya.

Dan, walaupun baru empat hari dilancarkan, lagu ini telahpun berjaya menjadi nombor 9 trending di Youtube!

Jadi, kepada peminat setia Hael Husaini, korang bolehlah memuat turun single terbaru dari Hael menerusi iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022
Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Anzalna Nasir Dihadiahkan Kereta Mewah RM600,000

Mungkin hadiah untuk Anzalna yang bakal melahirkan cahaya pertama mereka tidak lama lagi.

Featured Fri, 25 Nov 2022

“Bila Kau Tak Hargai Dia, Jangan Tanya Kenapa Dia Pergi” – Nasihat Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli sekali lagi tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiJangan tanya kenapa ♬ menjaga hati x mengejar mimpi – Sadvibes🥀 Menerusi hantaran yang dimuat

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

GFriend Stole Malaysian’s Heart With Their “Go Go Gfriend!” First Tour

More than 4,300 BUDDYs attended the GFRIEND concert!

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Sherry Ibrahim Bengang!

Ish, siapa pula yang buat fitnah macam ni?

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

The Return of Ex-PRISTIN Members; Confirmed New Group’s Name and Official Logo

Their debut is getting nearer and fans are getting pumped!

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Saya Belum Layak Bergelar Jutawan – Shuib Sepahtu

Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu berasa takut digelar jutawan hanya disebabkan ada beberapa jenis bisnes. “Siapalah saya ni, hanya penyampai radio dan makan gaji. Buat bisnes pun biasa-biasa saja, kadang kala untung dan rugi.

Hiburan Wed, 14 Sep 2022

| Live TV