Featured By: Maya Basir February 14, 2023 @ 7:06pm

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Kumpulan popular antarabangsa sekitar tahun 2000, Blue mengadakan konsert ‘Blue 20th Anniversary: Heart & Soul Tour’ mengubati rindu peminat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Anggota kumpulan Blue iaitu Duncan James, Lee Ryan, Simon Webbe dan Antony Costa menghiburkan penonton dan dibawakan oleh Hitman Solutions dan Happymoon.

Walaupun selepas dua dekad, Blue masih bertenaga mempersembahkan lagu-lagu hit mereka seperti ‘One Love’, ‘All Rise’, ‘Sorry Seems To Be The Hardest Word’ yang pernah dinyanyikan bersama penyanyi legenda, Elton John.

Selain itu, Blue turut menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru ‘Heart & Soul’ antaranya ‘Dance with Me’, ‘Ultraviolet’, ‘Paradise’ dan banyak lagi dengan membawakan 17 buah lagu keseluruhannya.

Menurut salah seorang ahli kumpulan Blue, Duncan, semangat dan sokongan peminat di Malaysia sangat menakjubkan.

“Peminat di Malaysia merupakan salah satu penonton yang tergempak yang pernah mereka saksikan. Semangat yang ditunjukkan serta nyanyian bersama tanpa henti sangat menakjubkan,” ujarnya.

Konsert berdurasi selamat 75 minit yang dipenuhi peminat seramai 2,900 orang membuatkan ramai seperti tidak puas dan mahukan lebih banyak persembahan daripada mereka.

Sementara itu, terdapat beberapa kejutan dengan kehadiran penyanyi dan pelakon tanah air, Diana Danielle yang membuat penampilan istimewa semasa persembahan pembukaan.

Tambah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal sangat berpuas hati dengan kejayaan konsert dan merancang festival muzik kolaborasi pada masa akan datang.

“Konsert malam tadi menandakan kejayaan berterusan dengan Happymoon dan kami sangat gembira dengan kolaborasi yang bernas ini.

“Kami juga tersentuh dengan kesungguhan kesemua ahli kumpulan Blue dalam membuat persembahan, sama seperti nama konsertnya ‘Heart & Soul’ kerana setiap ahli memberikan yang terbaik dan berjaya menghiburkan peminat.

“Happymoon dan Hitman Solutions sedang merancang festival muzik kolaborasi pertama kami yang bakal kami umumkan tidak lama lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

The Queen Choi Sooyoung of Girls’ Generation Has Come to Conquer YouTube

We stan! Literally, even before anything else, we seriously stan!

Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Isu Penyampai Trofi FFM30, Produksi Astro Belum Ada Kata Putus

Kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak produksi mengenai hal ini!

Featured Fri, 26 Aug 2022

“Nak Protes? Seriously? Banyak Benda Lain Perlu…” – Nabila Huda Beri Respons Isu Halang Konsert Antarabangsa

Isu pergi konsert antarabangsa ni selalu jadi bualan netizen kan 😌 Apa pendapat korang?

Trending Fri, 2 Nov 2018

Selamat Tinggal JDT, Ke Mana Safiq Rahim Selepas Ini?

Bagaimanapun Tunku Ismail berkata kelab itu sentiasa membuka pintu buat Safiq kembali.

Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Psst…Corat Coret ASK 2018

Korang perasan tak bila…

Trending Mon, 4 Oct 2021

Demam TikTok Melanda ABPBH 34, Artis & Kelab Peminat Pun Boleh Rangkul Trofi Tau!

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-34 dirancakkan lagi dengan kerjasama TikTok, yang membawa kembali kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34 dan memperkenalkan kategori baru iaitu Artis TikTok Popular ABPBH 34. Melalui kategori Anugerah FANtastik

Trending Wed, 21 Aug 2019

开心玩过山车!没想到半空中被「巨鸟打脸」

一名女子在搭乘过山车时,没想到就在列车卡在最高点准备俯冲时,居然飞出一支朱鹭……

Featured Fri, 28 Oct 2022

Video Selawat Depan KLCC Raih Pujian, Peminat Doakan Zizi Kirana Terus Istiqamah

Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen. Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti

| Live TV