Hafiz Hamidun ‘Sihat’ Sebab Dah Jumpa Pengganti?

Penyanyi Hafiz Hamidun mengaku ditegur kelihatan berisi berbanding dulu yang sedikit kurus.

Akui Hafiz, dia tidak menolah berkemungkinan dirinya sedang melalui fasa bahagia,

“ Ramai juga yang tegur. Mungkin sebab fasa ‘pening kepala’ dulu sudah habis, jadi sebab itu kembali berisi,” katanya berseloroh.

Hafiz yang pernah berkahwin pada tahun lalu menafikan fizikalnya sedikit berisi kerana sudah menemui pengganti

“ Tak adalah kembali bercinta, cuma kini dalam proses memilih. Memilih masa dan orang yang betul. Pemilihan itu kena terperinci sikit kali ini. Tapi, tidak terburu-buru atau tergesa-gesa sangat nak kahwin,” katanya.

Tambah Hafiz, dia kini serius mencari wanita yang komited mahu berkahwin dengannya.

“ Seorang isteri perlu memahami diri dan kerjanya. Selain itu, dia mampu membahagiakan dan menyenangkan.

“Saya rasa itu lebih bagus berbanding kita ini asyik mengimpikan isteri seperti itu dan ini,” katanya.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida