Hafreez Adam Mengaku Cintakan Zara Zya

Mula rapat sejak enam bulan lalu, pelakon Hafreez Adam mengaku yang dirinya sedang dilamun cinta dengan seorang pelakon wanita! Wah, Hafreez diam-diam je kan, dah berpunya akhirnya.

Enggan mahu berselindung lagi, pelakon berusia 28 tahun ini kini sedang melalui fasa bahagia bersama pelakon Zara Zya.

Pemilik nama sebenar, Hafreez Adam Aizat Zahalan ini memaklumkan dia dan Zara sengaja tidak menghebohkan percintaan mereka kerana bimbang disalah anggap. 

“ Risau kalau asyik digembar- gembur, orang ingat untuk tujuan melariskan drama walhal tidak,” katanya yang mengaku hubungan cinta bermula di lokasi penggambaran drama.

Tambah Hafreez, dia lebih selesa mengunci mulut sebelum ini namun tidak pernah berahsia jika ada yang bertanya.

“ Siapa yang ada di set penggambaran pasti sudah tahun hubungan kami. Sesekali, kami ada memuat naik gambar bersama di laman Instagram. Ada peminat yang sedar dan jika ditanya, kami tidak pernah berahsia,” katanya.

Pelakon kacak ini tertarik dengan kematangan Zara dan merasakan wanita ini mampu membahagiakannya.

” Dia sentiasa membuat saya tersenyum dengan telatah lucunya. Dia juga tidak mudah cemburu dan sangat memahami. Mungkin kerana kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi kami mudah menyesuaikan diri.

“Ini kali pertama saya jatuh cinta dengan pelakon dan sudah pasti, saya berharap hubungan ini akan membawa kami ke jenjang pelamin,” akhirinya yang mensasarkan berkahwin sebelum usia 30 tahun.

Apa pun, kami doakan hubungan Hafreez dan Zara Zya berpanjangan dan kami pun tak sabar nak makan nasi minyak korang jika diizinkan Tuhan, semoga segalanya berjalan lancar ya Hafreez!

 

SGMS Faida